CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Tak Rasa Sebarang Keistimewaan Sebagai Anak PM' - Dafi

11-9-2022 07:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1570| Komen: 5

Status sebagai anak Perdana Menteri tidak menjadi tiket mudah untuk penyanyi Dafi terlibat dalam filem patriotik berjudul Malbatt Misi Bakara yang dijangka ditayangkan bersempena bulan Kemerdekaan tahun hadapan.



IG Dafi

Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri, 34, berkata, dia tidak pernah terlintas untuk menggunakan keistimewaan bapanya iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meskipun ada beranggapan begitu.

"Saya tidak rasa ada sebarang keistimewaan tetapi jika ada yang mahu beri peluang atau layanan seumpama tanpa diminta, saya terima sahaja.


"Saya harap tiada orang salah anggap kerana saya tidak pernah meminta. Kalau orang dah nak bagi, takkan nak tolak," katanya kepada mStar.



Dafi ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran filem Malbatt Misi Bakara yang diadakan pada Sabtu.

Filem arahan Adrian Teh itu bakal menyaksikan Dafi memegang watak sebagai salah seorang tentera yang terlibat dalam misi Malbatt ketika peperangan di Somalia pada 1993.

Dalam pada itu, Dafi turut menyangkal dakwaan penglibatan dalam filem berkenaan akan memberi jalan mudah bagi tujuan promosi atau mendapatkan sebarang dana.

Sebaliknya kata Dafi, Adrian sebagai pengarah mempunyai reputasi cukup baik selepas mengarahkan filem Paskal The Movie yang mendapat sambutan luar biasa penonton.

"Adrian sendiri mempunyai reputasi cemerlang sebagai pembikin filem. Dia sendiri sudah ada hubungan baik dengan anggota tentera. Bukan sebab saya filem ini diterbitkan," jelasnya.

Malah kata Dafi, bapanya juga tidak mengetahui dia terlibat dalam filem ini sehinggalah menerima tawaran.

"Bapa tiada masalah... Kami memang tidak campur urusan kerja masing-masing," ujarnya.

Bercakap mengenai filem tersebut, Dafi tidak menyangka diberi peranan sebagai anggota tentera selepas 15 tahun penglibatannya dalam industri seni.



Teruja dapat terlibat dalam naskhah tersebut, Dafi tidak menafikan mula berasa tertekan apabila bakal bergandingan dengan nama besar seperti Shahiezy Sam, Bront Palarae, Hairul Azreen, Zahiril Adzim dan Adlin Aman Ramli.

"Jujurnya lama saya fikir sebelum bersetuju kerana bimbang akan merosakkan filem ini.

"Saya anggap ini satu peluang berbeza dalam karier saya apatah lagi sudah lama tidak muncul dalam mana-mana filem atau drama," katanya.

Malbatt Misi Bakara merupakan terbitan bersama enam syarikat iaitu bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Ia memaparkan kisah benar dan pernah menjadi antara sejarah pencapaian terbaik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-9-2022 09:41 AM
makin kecutttt, kurus kering, sembab, kepam,....relevan sebab orang nak slot in gossip pasal kau anak PM je pun...publisiti...nk cerita pasal kekrul orang dah bosan.. sam katik pun orang menyampah dah.. kau je lah bahan..
Quote cikatilia 12-9-2022 12:02 PM
apa je kerjaya dia skang?
berhia2 mcm berkerjaya naw
Quote Mulotkoyak 13-9-2022 03:35 PM
Watak askar pondan ke dia ni nanti?
Quote miemiecha 13-9-2022 03:57 PM
taik aok lah ghadapi..
dajei ngaku xde kelebihan bagai..
balik bera pun supa balik dr oz, walhal kl tu jeh! nyampah!!
taji dahi kang..
Quote kucing_gebu 13-9-2022 07:31 PM
Kelaut la dia ni...bakat hujung2 kuku kaki je

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.029263 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top