CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CAAM Gerakkan Sar, Helikopter Terputus Hubungan

11-9-2022 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1259| Komen: 3

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis Eurocopter telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada pukul 12.16 tengah hari tadi.


Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Chester Voo berkata, helikopter dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.


FB CAAM

"Sistem radar di KLATCC telah merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit. Pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang, namun tiada panggilan kecemasan dibuat.


"Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada satu minit.

"Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC telah segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu Chester berkata, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Terdahulu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, helikopter milik syarikat swasta berkenaan dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran Bidor.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 11-9-2022 06:58 PM
Alamak. Crashed ke? Semoga tidak.
Quote SalenaGomez 11-9-2022 07:01 PM
ipes2 replied at 11-9-2022 06:58 PM
Alamak. Crashed ke? Semoga tidak.

Ada kemungkinan…cuaca skrg kan hujan n angin pon kuat juga

Apa2 pon semoga selamat dan xde apa2 yg buruk berlaku
Quote ipes2 11-9-2022 07:09 PM
SalenaGomez replied at 11-9-2022 07:01 PM
Ada kemungkinan…cuaca skrg kan hujan n angin pon kuat juga

Apa2 pon semoga selamat dan xde apa2  ...

Ya. Ada dalam news somewhere, ada sudden lost of altitude. Sy ada kwn ambil course ATC; sudden altitude change selalu akan buat ATC calling in tanya satu2 flights tu if everything is ok

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041022 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top