Menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin memaklumkan mantan Perdana Menteri itu disahkan menghidap demensia atau penyakit nyanyuk.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan ketika merasmikan Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) hari ini. Katanya, Pak Lah mula menunjukkan tanda kecacatan kognitif sejak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009. “Ramai bertanya mana Pak Lah? Beliau menghidap demensia. Saya beritahu penyakit dihidapi Pak Lah ini selepas mendapat persetujuan daripada keluarganya kerana ramai tertanya-tanya keberadaannya dan sudah lama tidak melihatnya di tempat umum,” katanya.
Jelasnya lagi, Pak Lah masih sihat namun lebih selesa berada di rumah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. “Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal tapi fikirannya tiada. Beliau tidak ingat nama saya, nama isteri saya. Satu-satunya sebab yang saya tahu dia masih ingat saya adalah melalui kerlipan matanya ketika saya melawatnya. “Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya. Pak Lah, 82, menggalas tugas sebagai Perdana Menteri kelima Malaysia pada Oktober 2003 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum meletak jawatan pada April 2009. Sumber: UTUSAN
|
Nnoor2 replied at 11-9-2022 05:39 PM
Kalau tahun 2009 dia start nyanyuk...umur dia waktu tu 70 tahun...
Cepatnya nyanyuk....sekarang dah ...
Highflyer19 replied at 11-9-2022 03:59 PM
Patutlah dah lama tak nampak...dah tak ingat dan kenal sesiapa lagi...
ina_na replied at 11-9-2022 06:01 PM
Pak saudara aku ade seorg dah nyanyuk.. sejak dia pencen cikgu.. dlm 3,4 thn gak la.. dia x ingat or ...
bintangct replied at 11-9-2022 05:15 PM
iols ada pernah tgk cite perempuan tua ni dia dimentia teruk juga Tak kenal fmly members dh Husband ...
Minami2013 replied at 11-9-2022 06:06 PM
Dr m bgtau otak pun kena exercise.. jadi makin tua makin kena byk membaca. Sama mcm badan. Lagi tua ...
stingerbumpy replied at 11-9-2022 05:56 PM
Era mcdonald, kepci, maggie goreng....hari ini....yg muda belia pun ramai dah nyanyok(selisih)...c ...
ADVERTISEMENT