Meghan Markle tidak menemani Putera Harry apabila neneknya, Ratu Elizabeth II, mangkat pada hari Jumaat yang lalu.
Ia berikutan Raja Charles III, melarang Harry daripada membawa Meghan bersamanya ke Balmoral, Scotland, di mana Ratu menghembuskan nafas terakhirnya. Raja Charles III dilaporkan memberitahu Putera Harry bahawa adalah tidak wajar untuk Meghan Markle datang ke Balmoral semasa Ratu Elizabeth II sedang nazak. Pada pagi Khamis (8/9) Istana Buckingham mengumumkan doktor prihatin terhadap kesihatan wanita berusia 96 tahun itu dan meletakkannya di bawah pengawasan perubatan. Ahli keluarga diraja kemudian bergegas ke Scotland untuk berada di sisi Ratu pada saat-saat terakhirnya.
“Charles memberitahu Harry adalah tidak wajar untuk Meghan berada di Balmoral pada masa yang menyedihkan,” kata sumber kepada The Sun. “Dia juga dimaklumkan bahawa Kate (Middleton, isteri Putera William) tidak akan pergi dan bilangannya terhad kepada waris terdekat.” Sumber itu menambah bahawa Raja Charles III memberi Harry isyarat yang sangat jelas bahawa Meghan tidak akan dialu-alukan di Balmoral. Seperti yang dilaporkan Page Six sebelum ini, Putera Harry dan Meghan Markle pada asalnya merancang untuk pergi bersama untuk melihat Ratu. Setengah jam kemudian, terdengar khabar bahawa Harry hanya seorang diri berangkat ke Scotland. Kematian Ratu berlaku beberapa hari selepas Meghan memberikan satu lagi wawancara mengejutkan kepada The Cut. Dalam temu bual itu, dia mengkritik keluarga diraja dan mendakwa bahawa kehadirannya dan Harry mengganggu dinamik hierarki di Empayar British. Walaupun begitu, selepas kematian Ratu Elizabeth II, Raja Charles cuba menghantar isyarat perdamaian kepada Meghan Markle dan Putera Harry dalam pidato pertamanya sebagai raja England dan Komanwel pada hari Jumaat (9/9). “Saya mahu menyatakan rasa kasih saya kepada Harry dan Meghan kerana mereka terus membina kehidupan mereka di luar negara,” katanya dalam mesej video yang dirakamkan. Sumber: Murai
|
Nnoor2 replied at 11-9-2022 05:52 PM
Aku langsung x faham kisah depa ni..knp meghan ni dilarang...
Mcm2 ....1001 kisah dunia
sharlenetexas replied at 11-9-2022 06:00 PM
Khusus utk darah daging anak cucu sahaja kah?
Menantu, cucu menantu tak leh? Camilla ada tak?
delia3003 replied at 11-9-2022 06:08 PM
Katenye khas utk anak2 dan menantu2 je. Cucu2 lain pun tak datang, William sorang je cucu yang dat ...
Nnoor2 replied at 11-9-2022 05:52 PM
Aku langsung x faham kisah depa ni..knp meghan ni dilarang...
Mcm2 ....1001 kisah dunia
primarikey replied at 11-9-2022 06:20 PM
Kate pn tak dtg kn..
Waris tdekat je dipanggil masa qe tgh nazak
Knape ek...ada apa2 ritual ke yg ...
primarikey replied at 11-9-2022 06:20 PM
Kate pn tak dtg kn..
Waris tdekat je dipanggil masa qe tgh nazak
Knape ek...ada apa2 ritual ke yg ...
primarikey replied at 11-9-2022 06:20 PM
Kate pn tak dtg kn..
Waris tdekat je dipanggil masa qe tgh nazak
Knape ek...ada apa2 ritual ke yg ...
Suchi replied at 11-9-2022 07:36 PM
Cicit pun takdd kat terhad kat cucu kandung je.
Takpelaa nak wat cemana menantu ka cucu menantu kaa ...
primarikey replied at 11-9-2022 06:20 PM
Kate pn tak dtg kn..
Waris tdekat je dipanggil masa qe tgh nazak
Knape ek...ada apa2 ritual ke yg ...
ina_na replied at 11-9-2022 08:38 PM
Ade wasiat yg hendak disampaikan yg diturunkan dr generasi sblm nye kot..kan ustaz auni ckp QE ni ...
primarikey replied at 11-9-2022 06:20 PM
Kate pn tak dtg kn..
Waris tdekat je dipanggil masa qe tgh nazak
Knape ek...ada apa2 ritual ke yg ...
ina_na replied at 11-9-2022 08:38 PM
Ade wasiat yg hendak disampaikan yg diturunkan dr generasi sblm nye kot..kan ustaz auni ckp QE ni ...
ADVERTISEMENT