Usahawan yang juga kakak kepada personaliti popular Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor menjelaskan rumah tangganya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin masih harmoni selepas ada spekulasi mengatakan keluarga mereka sedang goyah. Difahamkan, spekulasi mendakwa hubungan mereka bermasalah selepas Nabila memadam foto-foto Engku Emran di akaun Instagramnya baru-baru ini. “Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama… Doakan kami… “Biasalah… Dalam perkahwinan ini ada turun dan naiknya. Masa itu saya tengah geram jadi saya arkibkan saja gambar-gambar itu, tidak padam. “Bila kita jadi perhatian, benda kecil pun jadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh memang akan padam gambar. Itulah benda pertama yang akan dibuat.
“Boleh dikatakan saya agak emosilah ketika itu, macam itulah. Tetapi biasalah, perempuan berjiwa lembut. Tapi, walaupun ia cuma hal kecil, saya ini merajuknya lama tau,” katanya kepada Gempak. Nabila juga mengaku tidak terkejut dengan sebarang spekulasi yang timbul mengenai rumah tangganya kerana sudah terbiasa menerima implikasi seperti itu sebelum ini. “Kita dah tahu implikasinya sebab Lofa dan keluarga selalu jadi perhatian. Terkena tempias- tempias Lofa itu sudah biasa. Tetapi saya perlu berhati-hati. “Masa tengah geram itu, saya tak fikir. Kadang- kadang bila orang nak jatuh hukum itu, kita tak payah pedulikan. Kita pun tak boleh puaskan hati semua orang,” tambahnya.
|
“Bila kita jadi perhatian, benda kecil pun jadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh memang akan padam gambar. Itulah benda pertama yang akan dibuat.
cekgihani replied at 11-9-2022 02:12 PM
So skg dh ada balik ke gambar tu
jajahoney replied at 11-9-2022 02:14 PM
boleh ke gambar kat IG simpan arkib..cane nak buat?
jajahoney replied at 11-9-2022 02:14 PM
boleh ke gambar kat IG simpan arkib..cane nak buat?
Mopiko replied at 11-9-2022 02:11 PM
tak ada maknanya semua perempuan gaduh je nak padam2
ADVERTISEMENT