Kecoh di media sosial mengenai seorang 'influencer kecergasan' yang melabel ahli bina badan sebagai gay. Kenyataan itu dikeluarkan YouTuber, Yousaf Iqbal ketika ditemubual sebuah akaun TikTok berkaitan kecergasan mengenai penglibatannya menghasilkan konten di media sosial.
Pandangan peribadi Yousaf yang kini tular itu dilontarkan ketika ditanya mengenai rancangan jangka panjangnya seperti menyertai pertandingan bina badan (men physique) atau angkat berat (powerlifting). "Sebab bagi aku macam bina badan punya pertandingan macam agak gay sikit. Macam kau bina badan untuk lelaki lain yang tengok badan kau, lepas tu dia cakap 'Aku suka badan kau. Badan kau, aku tak suka sangat''. Jadi, aku macam tak boleh," katanya
Menurut Yousaf, pertandingan angkat berat jauh lebih bagus daripada bina badan kerana tiada juri yang boleh mempertikaikan keupayaan peserta. Tindakannya itu membangkitan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli bina badan di negara ini, termasuk atlet bina badan yang merangkul gelaran juara Mr Malaysia 2019, Luqman Zaheruddin yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. "Walaupun itu pandangan peribadi dia, tapi kita cakap pasal adab. Contoh kita bagi pendapat tentang seseorang, bunyinya tak cantik dan tak elok. Kalau kena kat kita sendiri pun kita akan marah. "Sebelum bercakap tu kena berfikir dulu, kena pakai otak. Mungkin dia cakap macam tu sebab dia pun tak duduk dalam sukan bina badan, mungkin dia hanya main gim saja. "Sebelum buat apa-apa kenyataan atau pendapat, kena berfikir dulu. Tak semua benda kita boleh bercakap ikut apa yang kita nak cakap. "Sebab dia sendiri pun berada dalam komuniti kecergasan, dia pun bergaul dengan geng bina badan. Jadi bila dia cakap macam tu, orang akan terasa," katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Luqmanzaheruddin. Luqman yang juga memegang gelaran naib johan Mr Malaysia 2022 berkata, pandangan Yousaf yang juga terlibat dalam bidang kecergasan hanya akan memburukkan imej sukan bina badan. "Lebih-lebih lagi dari dulu sampai sekarang orang kecam ahli bina badan ni sebagai gay. Dia pula dalam industri sukan kecergasan, dia pun cakap macam tu. "Maka haters akan cakap 'kau tengok dia sendiri pun duduk dalam sukan ni pun cakap ahli bina badan ni macam gay'. Jadi macam mana orang nak pandang elok kat sukan ni dan ahli bina badan kalau ada juga dalam kalangan sukan ni bercakap macam tu," katanya. Susulan kekecohan yang berlaku, Yousaf tampil membuat permohonan maaf di atas kenyataannya yang melabelkan bina badan seperti gay. YouTube/TikTok Sumber: mStar
|
KIM.K replied at 11-9-2022 12:12 AM
Adab ke terhina
Suka nick sully misai sarjan
Kurex replied at 11-9-2022 02:06 PM
Dulu iols follow luqman ni. Terrrrrsangat poyo, berangan, kote kecik, bully siber, meroyan, cepat se ...
zjen replied at 11-9-2022 01:35 PM
susah sgt ke nak ckp 'dan' dlm Melayu ... asik and and and ...
apalancut replied at 13-9-2022 02:57 AM
realitinya budak2 gay menjadikan gym nih sebgai lubuk.. member aku siap cancel membership sebab tak ...
apalancut replied at 13-9-2022 02:57 AM
realitinya budak2 gay menjadikan gym nih sebgai lubuk.. member aku siap cancel membership sebab tak ...
ADVERTISEMENT