Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan kejaguhan apabila muncul juara Piala FA Malaysia 2022 selepas berjaya menundukkan Terengganu 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Kejayaan manis yang dicapai itu telah mengulangi pencapaian pada edisi 2016 dimana JDT muncul juara selepas menundukkan PKNS FC. Jaringan pertama JDT disempurnakan oleh Arif Aiman pada minit ke-34 manakala jaringan kedua pula oleh Bergson pada minit ke-63 dengan sepakan penalti. Terengganu kemudian berjaya merapatkan jaringan pada minit ke-75 oleh Kipre. Namun sekali lagi Bergson menambah jaringan buat JDT selepas 3 minit Kipre membuat jaringan. Kedudukan 3-1 itu kekal hingga wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin untuk mengesahkan ‘pesta bunga api’ bakal sekali lagi diadakan di Johor Bahru. - CARI |
jas7512 replied at 10-9-2022 11:38 PM
I org johor duk ganu...tapi xpelah..dua2 negeri cuti peristiwa esok
wnwa05 replied at 10-9-2022 11:49 PM
cuti peristiwa esk? bukan ke ganu johor ahad memang cuti ke..
LadyCarefree replied at 11-9-2022 12:30 AM
Kenapa menang bola nak kena cuti umum? Kosnya ditanggung employers.
renko replied at 11-9-2022 12:21 AM
Sanusi nk cite apa besok agaknya
shark replied at 10-9-2022 11:50 PM
sebab kemenangan ni bukan senang nak dapat..bertahun2 cuba belum tentu.apa salahnya cuti sehari ...
ADVERTISEMENT