CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tarikh Tersasar Punca Lagu Mimpi Tak Tercalon AIM23

10-9-2022 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1891| Komen: 9

Kegagalan lagu Mimpi ciptaan Haqiem Rusli yang pernah menduduki tempat ketiga Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 menembusi mana-mana kategori bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 menyebabkan FMC Music memohon penganjur, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) agar menyemak semula senarai calon akhir.


Sehubungan itu, Ketua Juri AIM23, Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan jawatankuasa AIM 23 tidak pernah mempertikaikan kredibiliti serta kebolehan Haqiem yang dikenali berbakat besar.


IG Haqiem

Menurut Mokhzani, sebab utama Mimpi tidak layak untuk bertanding kerana lagu itu gagal memenuhi syarat utama pertandingan iaitu karya yang dihantar perlulah diterbitkan dari 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun lalu, tetapi Mimpi dihasilkan pada Disember 2019.


"Lagu Mimpi tidak menepati kriteria AIM23 kerana tersasar daripada tarikh yang ditetapkan oleh jawatankuasa kerana lagu itu diterbitkan pada Disember 2019.

"Kita tidak menafikan Haqiem memang seorang penyanyi dan penulis lagu yang berbakat, tetapi setiap penggiat industri perlu faham, juri yang dipilih bukan hanya menghadap satu artis atau karya saja, tetapi mereka perlu menghadap ratusan calon, sama ada yang popular mahupun tidak.

"Tidak semestinya artis atau karya yang kurang popular itu tidak bagus. Selepas saringan demi saringan, hanya lima yang terbaik saja dipilih dan proses itu memang sangat genting. Namun, yang tidak berjaya bergelar lima yang terbaik itu tidak semestinya tidak bagus," katanya.

Menurut Mokhzani, AIM adalah sebuah anugerah berprestij yang mengangkat semua pengkarya, bukan saja artis tetapi mereka yang bekerja di belakang tabir.

Disebabkan itu, Mokhzani menjelaskan, asas utama setiap pemilihan adalah berdasarkan kualiti, manakala populariti bukan kayu pengukur sepenuhnya kepada setiap kejayaan.

"Saya berikan contoh, untuk kategori Vokal Lelaki Terbaik, salah satu calonnya adalah Arddey Nicholas. Pasti ada yang akan mempersoalkan siapakah dia sehingga berjaya mengenepikan penyanyi popular.


IG Mokhsani

"Tapi juri sepakat memilih dia kerana dia sememangnya layak, dan juri yang memilih juga bukan calang-calang mereka terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Sarah Ismail, Dia Fadila dan lain-lain. Ini contoh yang mungkin mengenepikan Haqiem dan artis lain.

"Jadi soal populariti sudah menjadi soal kedua selepas kualiti tetapi kita tidak menafikan ada artis yang bakat dan populariti mereka bergerak seiring seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.

"Jadi apa yang boleh saya rumuskan, pendekatan AIM adalah sangat berbeza dan 130 juri yang dilantik adalah pakar dalam bidang masing-masing. Saya akui Haqiem penyanyi hebat cuma dia perlu akur, persaingan juga sangat hebat yang kadang-kala tidak memihak untuk berada dalam kedudukan tertinggi," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 11-9-2022 12:31 AM
Dahlah merempan dik qiqie oii
Quote bellaamsar 11-9-2022 12:47 AM
Bila aim ni?
Quote Tembikaigoreng 11-9-2022 01:46 AM
Kena basuh kaw² si Haqiem LOLLLL  
Quote dudaberhias 11-9-2022 02:10 AM
sudah2 la merempan dikk kimpropa oii... lagu kau memang tak sedap... tapi tak tergamak penganjur nak bagitahu depan2 yang lagu tu tak sedap... nanti tiba2 kau kena depression pulak...

lagi satu.. .ada lagi tak kek berhala tanpa kepala masa wedding haritu ?
cuba cantumkan dengan kek penanggal si ruhainies tu... mungkin boleh bawa nasib baik untuk 7 keturunan... kebetulan saiz ngam2... missing pieces dari candi lembah bujang gittuhh....




Quote Cekgushilla 11-9-2022 03:32 AM
dudaberhias replied at 11-9-2022 02:10 AM
sudah2 la merempan dikk kimpropa oii... lagu kau memang tak sedap... tapi tak tergamak penganjur nak ...

Weyhhhh hahahahahhaa
Tegelak aku pgi2 buta ni
Quote LadyCarefree 11-9-2022 04:46 AM
dudaberhias replied at 11-9-2022 01:10 AM
sudah2 la merempan dikk kimpropa oii... lagu kau memang tak sedap... tapi tak tergamak penganjur nak ...

Tu la berlapik sungguh apa yg dia cakap. Kang cakap terus terang menangis depresi kan? Qiemkepampropa ni perasan giler la.
Quote fadz84 11-9-2022 10:49 AM
FMC n dikqiqi xtau ke pasal date tu.. ada je lagu yg release tahun 2021-2022 kan mcm Hitam Saksi Putih (lagu tema kawen) & Aku Hati dan Perasaan, awat x hntar lgu2 tu.. hehe
Quote Perawankota 11-9-2022 02:17 PM
bellaamsar: Bila aim ni?


Malam ni. Live kt astro ria
Quote anony-mous 12-9-2022 01:33 AM
fadz84: FMC n dikqiqi xtau ke pasal da ...


Dah hantar kot tp x layak jugak. Jd guna reason lahu Mimpi sbb lagu tu pernah menang AJL. Pdhal mmg x sedap

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.029607 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top