CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Masuk Bawah Kereta Dipancung Kekasih Di Hadapan Anak-anak

10-9-2022 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1680| Komen: 4

Dua kanak-kanak menyaksikan ibu mereka dipancung dalam insiden mengerikan di San Carlos, California pada Khamis lalu,

The Sun melaporkan, kanak-kanak masing-masing berusia satu dan tujuh tahun yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mereka ‘mahukan ibu mereka’ selepas kepala mangsa dipenggal dalam serangan kejam itu. 


Solano (kiri) merupakan suspek kepada pembunuhan Castro. – abc7chicago

Seorang suspek, Jose Landaeta Solano, 33, ditahan polis California selepas dia kembali ke lokasi tersebut. 

Solano dan mangsa, Karina Castro, 27, mempunyai hubungan percintaan sebelum kejadian itu. 


Menurut pihak berkuasa, terdapat sejarah aduan dan keganasan rumah tangga antara pasangan kekasih tersebut. 

Menurut saluran berita NBC News, Solano mempunyai sejarah lampau yang berlanjutan dan ganas selain rekod penyakit mental. 

Suspek dikenakan perintah menjauhi ibu dua anak itu pada April lalu sebelum mangsa dibunuh. Polis dimaklumkan mengenai kejadian keganasan rumah tangga kira-kira pukul 11.50 pagi (waktu tempatan), manakala kepala wanita itu dipenggal tidak lama selepas itu, pada pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan). 

Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak telah mengambil kedua-dua anak mangsa. Seekor anjing dan dua ekor kucing turut dibawa dari rumah yang dikongsi oleh pasangan itu.

Pejabat Syerif Daerah San Mateo sedang menyiasat kejadian itu dan cuba mengesan senjata yang digunakan untuk membunuh wanita itu, dipercayai adalah sebilah pedang samurai. 

“Kepala mangsa berada di bawah kereta dan badannya terbaring di belakang kenderaan itu. Orang awam menutupnya. 

“Ia adalah mengejutkan. Ini adalah kawasan kejiranan yang baik,” kata jiran mangsa, Chapele Thorborne kepada portal berita ABC News. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-9-2022 10:37 PM
Habis laa
Terbayang2
Quote dua_chzy 10-9-2022 10:41 PM
Macam biasa. Ummah pendatang punya jenayah..
Quote cucuq 10-9-2022 10:42 PM
kesiannya anak2 mangsa mesti trauma
Quote slyfynx 10-9-2022 10:46 PM
Weh wartawan @CARI-MAL...
Tag mana, tag?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.087385 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top