CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarjan, Inspektor Ditahan Peras Ugut Polis Untuk Tutup Kes SPRM

10-9-2022 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 957| Komen: 1

Polis menahan dua anggota polis dan seorang pengurus syarikat yang disyaki cuba memeras ugut seorang pegawai polis sebanyak RM100,000 kononnya untuk menutup kes membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Menurut sumber, SPRM suspek berusia lingkungan 30-an berpangkat inspektor dan sarjan itu antara jam 7 malam hingga 12 tengah malam pada Jumaat di sekitar ibu negara.



"Pengurus syarikat berkenaan ditahan pagi Jumaat di sekitar Kuala Lumpur ketika menerima wang rasuah berjumlah RM50,000 iaitu sebahagian daripada jumlah yang diminta daripada mangsa.

"Pengurus pentadbiran syarikat berkenaan berperanan sebagai orang tengah bagi meminta dan menerima wang rasuah itu," menurut sumber pada Sabtu.


Sumber terbabit memaklumkan, kedua-dua anggota polis berkenaan telah dibebaskan selepas selesai dirakam keterangan.

Tambahnya, pengurus syarikat terbabit direman empat hari bermula Jumaat sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 11-9-2022 12:32 AM
Bkn dah ada thread ke sebelum no

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035876 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top