CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal Seludup Ke Hong Kong, Ribuan Organ Kemaluan Keldai Dirampas

10-9-2022 09:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 855| Komen: 2

Ribuan organ kemaluan keldai dipercayai akan diseludup ke Hong Kong dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Lagos, bandar terbesar Nigeria.

Komander kawasan Perkhidmatan Kastam Nigeria, Sambo Dangaladima mengesahkan kejayaan pihaknya merampas barangan seludup berkenaan, Khamis lalu.


Keldai semakin pupus di Nigeria. FOTO AP

"Dokumen isytihar barangan dibawa didapati palsu apabila diisytiharkan sebagai alat sulit lembu jantan, tetapi selepas pemeriksaan pegawai eksport mendapati ia sebenarnya organ kemaluan keldai jantan.

"Sebanyak 16 guni mengandungi organ pembiakan haiwan berkenaan dirampas.


"Siasatan lanjut dilakukan bagi mengetahui maklumat mengenai barangan dirampas itu," katanya kepada pemberita.

Rampasan organ kemaluan keldai untuk dieksport dari Nigeria jarang berlaku, namun kulit keldai diketahui kerap dieksport atau diseludup ke luar negara.

Pada Julai lalu, Kastam Nigeria merampas kulit keldai bernilai AS$116,000 (RM521,768) yang diseludup masuk ke negara itu dari negara jiran, Niger.

Nigeria cuba mengekang eksport kulit keldai yang mengurangkan secara drastik populasi haiwan berkenaan di negara itu terutama di bahagian utara.

Senator Nigeria pada 2021 mencadangkan mengharamkan pembunuhan keldai dan eksport kulitnya.

Penggubal undang-undang berkata, larangan membunuh keldai akan terus mengekang eksport kulit dan alat kelamin keldai yang dilarang Nigeria hingga ke negara seperti China di mana kulit itu digunakan dalam ubat tradisional popular.

Undang-undang yang dicadangkan itu belum lagi diluluskan menjadi akta.

Seorang penggubal undang-undang persekutuan, Muhammad Datti berkata, penerima utama daripada perdagangan ini ialah peniaga kulit keldai di China.

"Haiwan ini makin pupus (di Nigeria) dan ia adalah haiwan yang tidak boleh membiak dalam jumlah besar kerana kadar kesuburan sangat rendah," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 10-9-2022 10:41 PM
Malaysia boleh ambil peluang ni buat bussiness.
Quote sharlenetexas 10-9-2022 10:46 PM
Nak buat ubat kuatlah tu. Gigihnya ummah hong kong. Ni mesti berlambak iklan ubat kuat online termasuk yg mencapub kat forem.


Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.106077 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top