CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Harap Ada Pihak Sedar Saya Masih Dalam Dunia Seni, Sudi Beri Lagu Baru' - Faizal AF4

10-9-2022 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2372| Komen: 16

Nama bekas juara program Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Faizal yang sepi dari dunia seni sejak beberapa tahun ini, kembali menjadi sebutan selepas tular video dirinya sebagai ejen jualan sebuah syarikat penapis air dan kelengkapan rumah, Coway.


"Sebelum Covid-19 melanda, saya memang kerja sepenuh masa dengan menyanyi. Selain menerima undangan persembahan, saya juga menyanyi secara busking dengan rakan-rakan di Marang, Terengganu.


BH Online

"Pandemik yang berlaku sebelum ini telah mengubah hidup ramai orang. Saya sendiri menerima kesan sehingga hilang punca pendapatan kerana tidak boleh terlibat dalam mana-mana acara persembahan.


"Untuk terus hidup dan menampung perbelanjaan keluarga, saya usahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Antara pernah saya buat ialah menjual roti," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Faizal memberitahu terkejut apabila namanya kembali tular gara-gara karier baharunya sebagai ejen jualan.

Katanya, dia tidak menganggap perkara itu sebagai memalukan sebaliknya ia satu permulaan baik buatnya memandangkan dia bekerja dalam bidang pemasaran.



"Saya baru sahaja mula bekerja sebagai ejen jualan. Tak sangka video yang saya muat naik di laman sosial menjadi viral dan orang kembali menyebut nama saya.

"Syukur dengan respons yang diterima. Sekurang-kurangnya orang tahu saya masih lagi aktif menyanyi dan kini ada kerjaya baru," ujarnya.

Meskipun sudah bergelar ejen jualan, Faizal menjelaskan dia tidak pernah berhasrat meninggalkan dunia seni yang amat dicintainya.

"Saya tidak pernah berhenti menyanyi kerana itu adalah minat sejak dahulu. Walau ada kerjaya tetap sekarang ini, saya akan terus aktif membuat persembahan.



"Diharapkan juga mana-mana syarikat rakaman atau komposer sedar bahawa saya masih ada dalam dunia seni dan sudi untuk memberi lagu baru kepada saya," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 10-9-2022 08:21 PM
af kenal mawi je, afundi mawi world

aduh saleha.
Quote anggeriklatifah 10-9-2022 08:57 PM
Bukan ape..dulu haters mawi try nak naikkan dia ni..tapi apa nak buat...try la camna pon..kalau dah takde aura tu takkan dpt fenomena cam mawi dpt..

Aku sampai sekrng rse aura mawi tu cam masih misteri yg leh jadi kan dia fenomena dulu..tapi kelebihan tu jela berlaku sekali kat dlm dunia hiburan..
Family mawi takde pun beriyee2 nak jual tanah bagai cam ayah si faizal ni sebb nak mengundi punya pasal.  Bodonya keputusan

Mesti berharap faizal meng af dpt jadi penyanyi no 1 negara...jadi fenomena yg baru... pastu tawaran bertimbum2..pastu dpt jadi kaya raya..beli porche..banglo..tanaah...tapi..hanyalah angan2 mat
Jenin...kesian..kesian..
Allah ni kalau dia nak bagi rezeki kat org..hanya insan yg terpilih sahaja...contoh insan terpilih adalah mawi..mawi pun tak sangka dan beriye dan berharap
pun nak meng..family dia pun tak beriye pun cam bapak si faizal ni..tapi Allah pilih dia..maka meng la dia..jadi fenomena la dia sebb Allah pilih...

Cam si faizal buat la camna pun...beli undi byk2 sampai tanah tergadai pun...tapi Allah tak pilih dia jadi apa yg dia nak...
Quote kaishi 10-9-2022 10:31 PM
Kenapa dia ni tak di pelawa masuk GV ?
Quote wirazam 10-9-2022 10:34 PM
kaishi replied at 10-9-2022 10:31 PM
Kenapa dia ni tak di pelawa masuk GV ?


Ha ah..dia nih yg patut masuk GV..tapi maybe coocoo tak nak kot
.sbb dia agent coway hahaha
Quote hyie 10-9-2022 10:42 PM
heshe kena buktikan yang heshe memang berbakat dan versatile, berpusu2 tawaran yang akan datang.
Agittew meols palatao
Quote CaqJora 10-9-2022 10:51 PM
Aduuhhh juara, AF plg sendi ni
Quote keretapilaju 10-9-2022 11:31 PM
Aku sorang je ke rasa suara dia tak berapa nak keluar sangat masa AF dulu? Mcm cepat pecah, cepat semput..
Quote Perawankota 11-9-2022 12:38 AM
Dia ni klu tgk mcm jenis stimmm je selalu.. Mendadih ke?
Quote dudaberhias 11-9-2022 12:49 AM
dah basi dan nak dekat menopos dah baru nak buat comeback...
bawak2 masuk tabligh je lah dik... takpun start business... lagi banyak boleh dapat...
nak dan tak nak je atau ada peluang tu je... kadang2 kita ingat market tak laku tapi kita kena cuba baru boleh tahu mana yang boleh jalan...
Quote shop_girl 11-9-2022 01:33 AM
Aku rasa yg patut menang AF ari tu ialah Farhan..gila sedap suara dia nyanyi lagu jazz..
Quote kashaz 11-9-2022 02:11 AM
Sape je byr dia utk persembahan? Kenduri kawen kat area kampung?

Kisah peribadi negatif, suara pun takdela sedap merdu pun. Imej kampung dan selekeh kuat sgt. Now dah berisi pulak. Sape jela pemenatnyaaa..huhu

Siap berharap masuk GV tuhhh..
Quote NEmma 11-9-2022 02:15 AM
Perawankota replied at 11-9-2022 12:38 AM
Dia ni klu tgk mcm jenis stimmm je selalu.. Mendadih ke?

Ya, ada statement & pernah masuk news.. Lepas juara AF dia mcm culture shock tiba2 dapat duit banyak.. Mula la hilang arah kemudian mendadih.

Faizal ni flop dlm industri atas kesalahan diri dia sendiri.
Quote anony-mous 11-9-2022 02:56 AM
kaishi replied at 10-9-2022 10:31 PM
Kenapa dia ni tak di pelawa masuk GV ?

Entah2 dia ni peserta misteri. Tiba2 je byk berita pasal heols
Quote nakkomenjugak 11-9-2022 06:34 PM
tak payah
jual je coway
masuk gv gerenti sendu frozen antartika balik lepas tu
Quote inspektoremos21 11-9-2022 07:07 PM
Dia ni sama macam shahir je. Timbul pastu tenggelam lamaaaaaaa timbul kejap then tenggelam lagi.. Dulu netizen beriya nak jadi kan faizal ni mawi 2.0
Quote CurangLagi 12-9-2022 01:49 AM
Haha.. Ini lawak ses

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034077 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top