CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selagi Orang Nak Tengok, Anna Jobling Tak Kisah Terus Berlakon Dengan Meerqeen

12-9-2022 10:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1726| Komen: 11|Original author: Tatod

Sumber IG


Melihat pada 'kegilaan' peminat terhadap keserasian Anna dan Meerqeen, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu tidak menolak sekiranya terus ditawarkan untuk bergandingan dengan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu untuk projek yang lain.

Meletus dengan drama Melur Untuk Firdaus, Anna tidak menafikan gandingan dan popularitinya bersama Meerqeen akan membantu sedikit 'rating' drama yang dibintangi mereka selepas ini.

Memetik laporan Getaran, Anna menegaskan perkara itu bagaimanapun bukanlah satu-satunya faktor yang menjadi penentu jumlah penonton. 


Ia juga bergantung kepada kehebatan pelakon lain yang turut menjayakan sesebuah naskhah di samping mempunyai rangka promosi yang tepat.

"Saya rasa, selagi penonton nak tengok saya dan Meerqeen dalam satu drama atau filem, saya akan buat. Kami tiada masalah nak buat drama lagi.

"Setiap pelakon yang mempunyai peminat yang akan menyokong lakonan mereka. Ia bukan tentang saya dan Meerqeen saja. Tidak boleh dinafikan kehadiran saya dan Meerqeen mungkin membantu tapi kita tak boleh nafikan kewujudan pelakon lain.


"Selain itu, hal yang boleh ditekankan adalah cara bagaimana sesuatu drama itu dipromosikan," katanya.

Dalam perkembangan baharu, Anna turut berlakon dalam drama Ash dan Aish namun bukan sebagai heroin tetapi menjayakan watak antagonis.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diamondhoney 12-9-2022 02:31 PM
Iols suka theyols punya bond..be good to each other for a long time okay both of you..
Quote mdmy 12-9-2022 02:41 PM
meskipun acik rasa budak ni akan kena rembat oleh anak vvip or anak raja, and then hilang from industry, acik nak savour the time dia bersweet dengan hero yg sama muda , with same good looks.
Quote aldilla_zahraa 12-9-2022 02:53 PM
Dalam stills dia ni cantik. Video erm…
Quote Hoshhi 12-9-2022 03:28 PM
Muka prmpuan ni senang didapati di tepi2 jalan United Kingdom..kalau dkt europe, pmpuan ni bkn kategori cantik..bila dkt malaysia dipandang artis terpaling cantik sebab dia pan asian
Quote Hoshhi 12-9-2022 03:29 PM
Pmpuan busuk hati mcmni elok lenyap dari industry..dgn haneesya hanee pun dia dengki..nti artis lain pulak dia aniaya sebab sejenis busuk hati
Quote Pak.dolla 12-9-2022 03:31 PM
Hoshhi replied at 12-9-2022 07:28 AM
Muka prmpuan ni senang didapati di tepi2 jalan United Kingdom..kalau dkt europe, pmpuan ni bkn kateg ...

Kudsia kahar jr
Quote Pak.dolla 12-9-2022 03:46 PM
mdmy replied at 12-9-2022 06:41 AM
meskipun acik rasa budak ni akan kena rembat oleh anak vvip or anak raja, and then hilang from indus ...

Semoga dia ni x ikut jejak makhluk terpaling tu...ms baru² mencakar mengejar burung helang tak sempat² menghina hero drama dia...akhirnya jatuh ke tgn burung pipit ja...
Quote amoramor 12-9-2022 04:03 PM
Hoshhi replied at 12-9-2022 03:29 PM
Pmpuan busuk hati mcmni elok lenyap dari industry..dgn haneesya hanee pun dia dengki..nti artis lain ...

ko da kenapa?? cerita haneesya tu berapa tahun lepas ko korek balik.. ada bukti ka  anna busuk hati? ok ja anna tu naik sal berbakat dan sentiasa move up..
Quote mdmy 12-9-2022 05:07 PM
Hoshhi replied at 12-9-2022 03:29 PM
Pmpuan busuk hati mcmni elok lenyap dari industry..dgn haneesya hanee pun dia dengki..nti artis lain ...

dia deny kan..
tapi kalau betul pun dia yg pecah rahsia, memang betul orang tu buat salah, lainlah saja2 create cerita atau fitnah orang. Jadi whistle blower pun salah ke ?
Quote Hoshhi 12-9-2022 05:53 PM
Aikkk nama pun democratic news platform.. sukahati aku la nk komen apa..
Quote Perawankota 12-9-2022 06:23 PM
Dua2 muda, tapi muka mature.

Selagi laku, layan jerlah dik oi.

Tapi sila polish LG skill lakonan korang k!

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.032522 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top