CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba Lewat, Putera Harry Akan Berkabung Dengan Keluarga Diraja Tanpa Isteri

9-9-2022 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4551| Komen: 14

Putera Harry tiba di Istana Balmora hampir sejam setengah selepas kemangkatan nenda beliau diumumkan.

Istana Buckingham mengisytiharkan kemangkatan monarki Britain paling lama bertakhta dan berusia 96 tahun itu pukul 6.30 petang (waktu tempatan) semalam.



Foto: TheImageDirect

Bagaimanapun data penerbangan menunjukkan pesawat dinaiki Putera Harry yang memakai gelaran Duke of Sussex, masih berada di ruang udara ketika itu dan hanya mendarat di lapangan terbang hampir 15 minit kemudian.

Beliau kemudian dilihat berada di dalam sebuah kereta yang meninggalkan lapangan terbang sejurus selepas pukul 7 malam.


Putera Harry akhirnya tiba di estet Scotland itu pukul 7.52 malam di mana beliau akan menyertai anggota keluarga diraja lain untuk berkabung atas pemergian Ratu Elizabeth II.

Harry pergi ke Balmoral bersendirian tanpa isterinya, Meghan. 

Adalah difahamkan bahawa Meghan mungkin berada di London. Duchess of Sussex itu mungkin menyertai Putera Harry pada satu tarikh kemudian, kata sumber. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-9-2022 06:24 PM
Harry Styles ludah Chris Pine tersenyum sinis
[youtube]K_3ipF1vN6k[/youtube]
Quote dani-rox 9-9-2022 07:23 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-9-2022 06:24 PM
Harry Styles ludah Chris Pine tersenyum sinis { ...

kecoh psl kes ni tempoh hari kan sis. Harry Styles tu dah la tak reti berlakon, ada ke pegang watak American tp bercakap masih dlm British accent Boleh tahan penyabar jugak si Chris Pine. kena kat ai, persetankanlah imej dan karier.
ko ludah aku ya... sini aku robekkan molot ngko!

Quote aemon 9-9-2022 08:09 PM
Meghan nangis di bucu katil
Quote belilies 9-9-2022 08:14 PM
Mesti ada drama. Meghan tak jadik pegi balmoral pun jadi isu. Princess kate rilek je urus anak2 balik sekolah first day of school. Omid scobby-doo bengap sungguh jadik royal expert.
Quote j3m4h 9-9-2022 08:16 PM
aemon replied at 9-9-2022 08:09 PM
Meghan nangis di bucu katil

Meghan mengkal tu ngan kate pon x join la sis..masa funeral nnt tompang sekaki..skrg sheol ngah kire2 wasiat tok laki bakal dpt tuh…gittuh
Quote ghalibboy 9-9-2022 08:30 PM
Baca kat komen, ramai kata lebih baik MM tak ke Balmoral, ramai meluat sikap dia
Quote delia3003 9-9-2022 09:38 PM
Dah kenapa ada thread khas pasal dia ni?
Quote Orenn1 10-9-2022 03:32 AM
dani-rox replied at 9-9-2022 07:23 PM
kecoh psl kes ni tempoh hari kan sis. Harry Styles tu dah la tak reti berlakon, ada ke pegang wata ...

Sis dani mana nak tgk video penuh giff ni, best ni lol
Quote dani-rox 10-9-2022 04:06 AM
Orenn1 replied at 10-9-2022 03:32 AM
Sis dani mana nak tgk video penuh giff ni, best ni lol

tak pernah follow Bad Girls Club, tp selalu tengok org post gif gaduh2 dr BGC


[youtube]6LHm9D93tnM[/youtube]
Quote anony-mous 10-9-2022 04:18 AM
ghalibboy replied at 9-9-2022 08:30 PM
Baca kat komen, ramai kata lebih baik MM tak ke Balmoral, ramai meluat sikap dia

Tp bila MM x ada i rasa lg teruk. Kuin mati kot. Bkn balik kg sesaja. Like u gaduh dgn mertua, mertua mati, gamak ke x dtg sekali?
Quote Orenn1 10-9-2022 04:30 AM
dani-rox replied at 10-9-2022 04:06 AM
tak pernah follow Bad Girls Club, tp selalu tengok org post gif gaduh2 dr BGC

Sheramm tgkk, takpelah aku gaduh kat forum je lahh
Quote bottombikini 10-9-2022 07:16 AM
delia3003 replied at 9-9-2022 09:38 PM
Dah kenapa ada thread khas pasal dia ni?

supaya mudah mencerca sheols semata

tak elok lah campur2 dgn thread org mati khuens
eh tiber

Quote tikusmontok 10-9-2022 07:24 AM
delia3003 replied at 9-9-2022 09:38 PM
Dah kenapa ada thread khas pasal dia ni?

Kannnn tak boleh ke sambung jer dlm thread @YgBenar tu..satu scene satu thread bukak psl QE mati, 10 hari sampai tanam, penuh board CI ni ttg QE mati ..reputz cari ngan momod sama bengap, tajuk dah ada gigih gak nak bukak baru
Quote gideoncross 10-9-2022 08:14 PM
ghalibboy replied at 9-9-2022 08:30 PM
Baca kat komen, ramai kata lebih baik MM tak ke Balmoral, ramai meluat sikap dia

Meghan ni kat Britain pun rmai yg x suka kat sheol.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040567 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top