Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M. Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia tidak benar.
Isteri M. Daud Kilau, Datin Rohani Awang Ngah berkata, suaminya sudah menunjukkan tanda pulih selepas sesak nafas sehingga terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan pada malam Rabu lalu. “Ya saya sudah tengok mesej tular yang mengatakan Datuk sudah meninggal dunia malah saya terima banyak panggilan daripada rakan-rakan yang bertanyakan mengenai perkara itu.
“Mesej itu tidak benar, Datuk masih dirawat di hospital malah keadaannya bertambah baik. Doktor pun sudah tukar paras oksigen yang lebih rendah pada alat bantuan pernafasan, dia pun sudah boleh bercakap. “Saya sudah biasa terima mesej sebegini, setiap kali Datuk masuk hospital, pasti ada mesej-mesej sebegini. Saya sudah biasa, tak apalah,” katanya. Terdahulu, pagi ini, penyanyi veteran berusia 84 tahun itu yang dilaporkan kritikal selepas mengalami sesak nafas pada Rabu telah mula sedarkan diri dan mahu makan seperti biasa. Anak penyanyi itu, Ahmad Zaini, 51, memaklumkan, bapanya mula menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif berbanding sebelumnya apabila sudah sedar dan boleh makan berbanding keadaannya semalam. Begitupun katanya, bapanya masih lemah walaupun sudah boleh diajak bersembang. Hari ini tular mesej penyanyi veteran itu dikatakan sudah meninggal dunia menerusi sekeping gambar beliau dalam warna hitam putih dengan ucapan ‘Innalillah’ dan makluman ‘sebentar tadi terima berita duka Datuk M. Daud Kilau’. Sumber: UTUSAN
|
Belibis replied at 9-9-2022 10:53 PM
Baca tajuk jer ehh?
Lavender85 replied at 10-9-2022 07:37 AM
Allahu maaf maaf :'
Acikgomen replied at 10-9-2022 09:12 AM
Tak meninggai pun boleh je ucap innalilah tu sisterrrrr
Lavender85 replied at 10-9-2022 10:49 AM
bkn setakat innalillah je . Tercakap dr Allah kita dtg dan kpd Allah kita kembali. ingatkan mening ...
supernaturalee replied at 10-9-2022 08:52 PM
Ohoooooooo hoiiii
gideoncross replied at 11-9-2022 10:15 PM
Klau dh mater brtentang materrrr, hti d dlm bgai nak gilerrrr, hey~
supernaturalee replied at 12-9-2022 09:33 AM
terus rasa nk bergelek dgn hujung tgn memusing2 gaya ucop wilcha yg originally cover trademark dat ...
Acikgomen replied at 10-9-2022 02:03 PM
Bak kata hakak yebi yabadi kita semua bakal jenazah sisterrrr
Kita semua mai dari Allah, bakal kem ...
ADVERTISEMENT