Tak pasal-pasal nama Datuk Seri Siti Nurhaliza turut terpalit berikutan kontroversi membabitkan pempengaruh Azfar Heri yang didakwa mendapat layanan istimewa pada sebuah syarikat penerbangan, baru-baru ini.
Penyanyi tersohor negara itu didakwa mendapat layanan ‘istimewa’ selepas tular foto uniform sekolah bersulam nama anaknya, Siti Aafiyah. Berdasarkan ciapan dimuat naik pemilik akaun @iniAlalalann, dia berkongsi tangkap layar yang diambil daripada Instagram rasmi sekolah terbabit yang memuat naik aksi Aafiyah memakai baju sekolah. Ciapan terbabit bertujuan untuk membidas tuduhan netizen mendakwa Aafiyah mendapat layanan ‘istimewa’ kerana sulaman namanya pada uniform sekolah. Sumber: Xtra |
pinggan replied at 9-9-2022 05:29 PM
Iols biasa2 aje dgn tokti. Tapi hal sulam nama ni tak patut kecam tokti pun. Benda tu lama dah org b ...
dejure replied at 9-9-2022 06:25 PM
Mana ada double standard,kan dia kena bayar denda juga mcm rakyat marhaen.cuma mungkin jumlah yg d ...
ADVERTISEMENT