Pahang akan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu seperti mana dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. "Arahan kibar bendera Pahang separuh tiang itu dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut mulai Sabtu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja United Kingdom atas kemangkatan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia itu.
Melalui hantaran di Facebook miliknya, Wan Rosdy berkata, Ratu Elizabeth II merupakan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia dan juga salah seorang ikon yang sangat disanjungi ramai. Loading FB Post... Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun seperti diumumkan Istana Buckingham. Sumber: Sinar Harian
|
kakikuDibibirmu: Kayu balak pun dah tinggal separuh, balak Tuanku! {:mlbigs ...
Thunderclouds replied at 9-9-2022 06:03 PM
Overnye lahai. Mcm dok bwh British sovereignty pulak.
tumpanglalu74 replied at 9-9-2022 08:22 PM
Mat Kilau tersenyum sinis..
@kakikuDibibirmu
CikYaYaYa replied at 9-9-2022 09:32 PM
gigihnyaaa ko nak meratap bekabung dah mcm pahang tu duk bawah british
ADVERTISEMENT