Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Syahredzan Johan memadam satu hantaran di Twitter berkaitan ‘Queen’s Counsel’ susulan kemangkatan Raja Britain, Ratu Elizabeth II.
Dalam ciapan di Twitter, Syahredzan berkata, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh membuat permohonan untuk Queen’s Counsel berikutan kemangkatan baginda. “Lepas ini Najib Razak tidak boleh buat permohonan untuk Queen’s Counsel lagi. Sebab lepas ini Peguam Diraja akan berubah dengan kematian Queen Elizabeth dan tertabalnya King Charles. “Kalau masih tak jelas, lepas ini Queen’s Counsel. Sebab itu tak boleh apply untuk ‘QC’ sebab kena apply untuk ‘KC’.
“Saya guna contoh kes Najib sebab dalam kes itu yang ramai kenal apa itu QC, KC. Can’t believe I have to explain this. (Tak percaya saya kena jelaskan ini),” ciap Syahredzan. Bagaimanapun penasihat Lim Kit Siang itu kemudiannya memadam ciapan berkenaan. Menurut Syahredzan, dia memadam hantaran tersebut kerana bimbang ada pihak yang salah faham dan beranggap dia sedang berjenaka. “Okay saya padam tweet tu sebab aad orang ingat saya berjenaka atau buat lawak (saya tak). Lebih baik padam supaya tidak disalah erti. “Cuma pada saya memang menarik perubahan terma Queen’s Counsel>King’s Counsel dan lain lain pertukaran dengan apa yang berlaku hari ini. “Lepas ini Her Majesty jadi His Majesty, contohnya. Sebagai negara Komenwel kita banyak dapat cultural import daripada UK dan terma-terma seperti ini biasa didengar. Jadi menarik bahawa sekarang terma-terma tersebut berubah,” kata Syahredzan. Pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan). Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland. Sementara Najib dalam kes melibatkan SRC International Sdn. Bhd. memfaikan permohonan pada 24 Januari 2022 agar dirinya diwakili Queen’s Counsel (QC) pada pendengaran rayuan akhirnya. Queen’s Counsel merupakan peguam kanan yang paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom. Bagaimanapun pada 21 Julai 2021 permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hakim menyatakan bahawa isu kes SRC mampu dikendalikan oleh peguam Malaysia. Pada 23 Ogos lalu Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. Ahli Parlimen Pekan itu dihukum penjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta. Sumber: MalaysiaGazette
|
CiliPadiSedap replied at 9-9-2022 04:48 PM
kaka sampai sekarang pening kenapa ada queen tiada king.
ADVERTISEMENT