CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Maut, 8 Hilang Bot Penumpang Haram Karam

9-9-2022 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 834| Komen: 0

11 maut apabila bot penumpang yang beroperasi secara haram, karam di perairan utara Brazil.

Pihak berkuasa di negeri Para memaklumkan, 11 mayat mangsa ditemukan dari bot tersebut yang direka hanya boleh membawa seramai 82 penumpang, manakala 63 mangsa lain berjaya diselamatkan.


Foto: AFP

Insiden itu menyebabkan lapan mangsa hilang dan operasi mencari giat dilakukan pasukan keselamatan.

Terdahulu, pihak berkuasa memaklumkan 14 orang maut dan 26 lagi hilang, lapor AFP.

Media tempatan menunjukkan beberapa imej pasukan penyelamat menggunakan kanu untuk membawa naik mangsa yang lemas ke daratan.

Pemilik bot tersebut sebelum ini sudah pun dikenakan tindakan undang-undang selepas satu lagi botnya beroperasi secara haram.

Sehubungan itu, pihak berkuasa akan menahan pemilik bot berkenaan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, polis turut mengerahkan helikopter bagi memantau operasi mencari dan menyelamat mangsa. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049475 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top