CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Ketua Polis Daerah Dera Pembantu Rumah Adalah Fitnah, Cuba Jatuhkan Imej PDRM

9-9-2022 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1767| Komen: 9

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang ketua polis daerah didakwa terlibat dalam kes penderaan terhadap pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia di Batu Caves, Selangor.


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan berita yang mendakwa suspek dalam kes terbabit adalah seorang ketua polis daerah.


Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed. - Foto Bernama

"Dakwaan tersebut adalah tidak benar dan merupakan satu fitnah yang cuba menjatuhkan imej PDRM.

"Justeru, orang ramai dan pengamal media dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan fakta tidak tepat berkaitan kes ini," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.


Tambah Arjunaidi, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan kepada pihak yang didapati cuba memanipulasikan kebenaran sesuatu berita.

Pada 31 Ogos lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima laporan daripada seorang wanita warga Indonesia berumur 46 tahun yang mendakwa didera oleh majikannya di sebuah rumah di kawasan Batu Caves, Selangor.

Polis kemudian menahan dua warga tempatan berumur 35 dan 38 tahun iaitu pasangan suami isteri yang merupakan suspek dalam kes itu.

Pada Khamis, kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan suspek wanita dalam kes ini dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 13 Atipsom 2007, kedua-dua suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Klang dan mengaku tidak bersalah serta membayar wang jaminan ditawarkan iaitu RM10,000 setiap seorang.

Suspek berusia 35 tahun juga dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan mengaku tidak bersalah serta membayar wang jaminan RM8,000.

Mahkamah menetapkan sebutan kes bagi kedua-dua pertuduhan itu pada 5 Oktober depan di Mahkamah Sesyen Klang.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 9-9-2022 03:18 PM
38 dh jd kp daerah ye
Quote Donaldsonnicol 9-9-2022 05:01 PM
Edited by Donaldsonnicol at 10-9-2022 12:27 PM

Thanks for sharing.. My Insite Employee Login
Quote nolya 9-9-2022 10:14 PM
Edited by nolya at 9-9-2022 10:17 PM

Kenapa pulak PDRM terasa dgn kes yg dilakukan oleh KPD.  Kalau yg berkenaan tu mendera pembantu rumahnya tentulah kesalahan trs atas kapasiti peribadi, kenapa nak dikaitkan dgn jawatannya?  Terlebih rasa ke PDRM ni.
Quote cmf_almondpecan 9-9-2022 10:36 PM

Bergantung pada keadaan juga. Ada orang muda lagi 30-an dah pangkat Supt/ACP jadi OCPD. Ada orang lain pula mungkin dari skuad malah platun yang sama sampai pencen pun belum tentu dapat pangkat ACP.

Quote jalfa 9-9-2022 10:39 PM
India pompuan kan? .kalu siasat akta tu mesti dia upah pembantu tanpa permit ke camne
Quote Decaffeinated 10-9-2022 12:02 PM
nolya replied at 9-9-2022 10:14 PM
Kenapa pulak PDRM terasa dgn kes yg dilakukan oleh KPD.  Kalau yg berkenaan tu mendera pembantu ruma ...

Sebab polis itu 24 jam polis. IC pun lain. tiada istilah atas kapasiti peribadi untuk melakukan kesalahan.

Quote nolya 10-9-2022 04:56 PM
Decaffeinated replied at 10-9-2022 12:02 PM
Sebab polis itu 24 jam polis. IC pun lain. tiada istilah atas kapasiti peribadi untuk melakukan ke ...

Ooooo mcm tu ke? Tak taulah pulak saya.  Ingatkan ketika bertugas je dn di luar waktu dia tak terikat dgn jawatan.
Quote Decaffeinated 11-9-2022 12:52 AM
nolya replied at 10-9-2022 04:56 PM
Ooooo mcm tu ke? Tak taulah pulak saya.  Ingatkan ketika bertugas je dn di luar waktu dia tak teri ...

aku bercakap dari sudut moral lah. Kalau polis buat salah orang tetap akan kaitkan dengan profession dia walaupun masa off duty apa lagi when in uniform.

Quote biwoye4708 10-4-2023 09:30 PM
Macys insiteLogin, Macy's Insite is an online portal that is exclusively available to the employees of Macy's and Bloomingdale's.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044276 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top