Izwan Azir Saleh kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang dikatakan kurang rasa simpati atas kemangkatakan Ratu Elizabeth II.
Menurut pengacara itu, ada di antara kita juga yang berasa kurang senang apabila rakyat Malaysia menzahirkan rasa sedih atas pemergian monarki paling lama memerintah dalam sejarah British. Luahan tersebut dikongsikan sendiri penyampai radio, Buletin FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia, kita patut menghargai jasa Ratu Elizabeth II kerana telah mengurniakan kemerdekaam buat negara ini.
“Bayangkan jika pemergian Tunku Abdul Rahman ke London dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan, ditolak Ratu Elizabeth, agak-agaknya kita boleh hidup bebas ke hari ni? “Daripada kaitkan harga barang dengan kemangkatan baginda, kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita. “Boleh saja jika Baginda menolak untuk mengurniakan kemerdekaan, tapi kerana baginda merasakan Malaya sudah boleh mengurus negaranya sendiri, baginda sanggup melepaskan satu daripada tanah jajahannya. “Oh ye, Baginda adalah kata ganti nama kepada golongan Raja/Ratu, bukan beliau. Itupun orang kita nak buat isu,” kongsinya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar cara pemikiran tersebut dapat diubah. Kata netizen, mereka yang tidak tahu sejarah saja akan kurang senang dengan orang lain yang simpati dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II. Sumber: Media Hiburan
|
missHaidiD replied at 9-9-2022 02:31 PM
Overnya lahaiiiii
Aku dgr ceramah ustaz auni mendiang ni cucu cicit firaun. Takde darah keturunan f ...
pekanwoohoo replied at 9-9-2022 03:20 PM
Kahkahkah. Ustaz Auni dijadikan rujukan. Kahkahkah
ADVERTISEMENT