CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bezza Kena Sita, Polis Cekup 'Ulat' kereta sewa di KLIA2

9-9-2022 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1282| Komen: 4

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin.


Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, lelaki tersebut ditahan ketika cuba mengambil penumpang dua wanita warga tempatan yang menuju ke ibu negara.


Seorang lelaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen dilihat cuba mengambil penumpang ke ibu negara dengan tambang RM120.

"Siasatan awal mendapati 'ulat' terbabit mengenakan tambang kepada dua warganegara dengan harga RM120 dari KLIA2 ke Campbell Hotel, Dang Wangi.


"Sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza berserta pemandu ditahan dan disita untuk siasatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Khairul berkata, JPJ akan terus menjalankan penguatkuasaan secara berterusan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen.

"Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010), yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujar beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 9-9-2022 02:12 PM
mahalnya charge RM120...kalau ambik grabcar baru RM60-70
Quote SedihPedih 9-9-2022 03:19 PM
Mujur kena cekup, if not 2 gegadis tu rogi bayar mahal. Amik grab la, siap ada promo rm5 off kalau dr airport. RM120 entah2 boleh ride pergi dan balik klia tu.

Quote Supersirap 10-9-2022 10:44 AM
Mahal sangat tu, baik naik teksi atau grab je, nak jadi ulat kena main harga laa
Quote ezacbee 10-9-2022 11:06 AM
Sepatutnya ulat caj murah... ni berganda. Padan la kena cekup.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.042243 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top