Pelakon remaja, Puteri Balqis akhirnya bersuara menyelar Azhar Sulaiman atas kenyataannya terhadap dakwaan dibuat berhubung gangguan seksual oleh bapa kandungnya, Azizi Aziz.
Balqis atau Aqish menerusi Instastory memaklumkan dia kini keseorangan kerana sedang berjauhan dengan ibunya. Dia juga menyifatkan hantaran Azhar itu lebih menjurus kepada meluahkan rasa marah dan geram. Bagaimanapun, Aqish dalam nada menyindir sempat berterima kasih atas nasihat yang diberikan kepadanya.
Dalam perkembangan kariernya pula, ibu Aqish, Norashikin Mohd Aziz mendedahkan nama anaknya digugurkan dari penggambaran drama untuk siaran sebuah televisyen swasta ekoran kesnya itu yang sedang menular. “Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral. “Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan,” ujarnya seperti dipetik dari BOOM. Selain kerjaya seni, Ashikin juga menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan Aqish yang meraih pendapatan menerusi jualan buku hasil nukilannya sendiri. “Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat,” katanya optimis. - CARI
|
pocongkiutss replied at 9-9-2022 11:20 AM
Selain kerjaya seni, Ashikin juga menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan Aqish yang meraih pend ...
ADVERTISEMENT