CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda Rafar Tak Gelap Mata Dengan Tawaran Lumayan Buka Tudung Untuk Naikkan Nama

8-9-2022 06:43 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5294| Komen: 68|Original author: LilRose

“Saya pernah diminta penggiat industri supaya membuka tudung untuk menaikkan semula nama kerana mereka yakin lebih banyak tawaran akan diterima."



Kredit foto: IG

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar mengakui mengakui diuji dengan tawaran lumayan berlakon, dengan syarat perlu menanggalkan tudung.

Terasa seperti mempermainkan tuntutan agama, anggota kumpulan Elite itu lebih rela melepaskannya.


“Banyak sebenarnya. Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bayaran tinggi, malah jenama antarabangsa juga memerlukan khidmat saya untuk mempromosikan produk mereka dengan syarat kena buka tudung.

“Saya anggap ia sebagai ujian yang perlu dihadapi wanita berhijab yang berkecimpung dalam industri hiburan,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Kredit foto: IG

Akuinya, sesiapa yang mendengar tawaran lumayan itu memang boleh gelap mata demi mengejar kesenangan dunia.

“Memang sukar dan ada kalanya hampir membuatkan kita terpengaruh serta terfikir untuk melakukannya kerana ramai pelakon yang menerima tawaran bertali arus selepas menanggalkan hijab.

“Saya cuba kuatkan semangat dan istiqamah walaupun ia bukan mudah untuk dilakukan. Mungkin itu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman saya. 

“Syurga bukan percuma. Kalau saya pilih jalan sebaliknya, maka sia-sia segala usaha saya ke arah syurga Allah. 

“Jadi, saya sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah agar ditetapkan pada jalan yang telah saya pilih ini. Saya minta dilindungi daripada terpesong dan terpengaruh dengan godaan dunia,” katanya. 


Kredit foto: IG

Bagaimanapun, Linda tetap teguh dengan pendiriannya dan bernasib baik mendapat sokongan orang tersayang, terutama keluarga untuk kekal istiqamah.

“Saya sentiasa pastikan diri mendekati alim ulama seperti Ustaz Wadi Anuar dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani. Mereka mengingatkan saya agar lepaskan dunia dan terus kejar akhirat," ujarnya.

Semoga Linda tidak dikelabui matanya dengan tawaran yang mendatang kelak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 8-9-2022 07:13 PM
Dah masuk musim claim ke ni..semalam zahiril adzim mengaku tolak tawaran Hollywood sebab kena berlakon aksi ranjang, harini Linda pulak mengaku tolak tawaran jenama antarabangsa sebab kena bukak tudung. Lepas ni sapa pulak..si kazzy ke Abby Norman?
Quote missyL 8-9-2022 08:21 PM
Sape la nk soh die bkk tudung tu hahahaha

Btw yg iklan tudung tu tudung labuh baju ketat ape daaaaa
Quote kukukatablog 8-9-2022 08:41 PM
siapa yg pegang phone selfie tu,
muka cam camelia
Quote umbut 8-9-2022 08:41 PM
Sapalah yg suruh demi naikkan nama tu... Ko dah kertulah.. Hasanah ke
Quote Hoshhi 8-9-2022 08:49 PM
Penggiat industri mana la tu. Kau pergilah cari yang free hair. Kau suruh orang bukak tudung dah kenapa
Quote pujanggacinta 8-9-2022 08:52 PM
kukukatablog replied at 8-9-2022 08:41 PM
siapa yg pegang phone selfie tu,
muka cam camelia

menantu indon ct...
Quote makadek 8-9-2022 08:54 PM
Bkn dia nk benikap ke ritu..
Quote heythere123 8-9-2022 08:56 PM
ye ke org mintak bukak tudung? dia bukan level cantik pon sekarang. Dah tua dah pon

Baik la ambik terus artis muda & freehair
Quote MatDeghem 8-9-2022 09:01 PM
becir replied at 8-9-2022 07:13 PM
Dah masuk musim claim ke ni..semalam zahiril adzim mengaku tolak tawaran Hollywood sebab kena berlak ...

Lepas ini binik pak ostad jadi jadian... amak si bilal ain 14k. Dapat offer dari eropah dan America jadi supermodel tapi di tolak kerana pak ostad nya tak benarkan.
Quote Belibis 8-9-2022 09:29 PM
Rindu zaman disket..
Quote LadyCarefree 8-9-2022 09:56 PM
"
“Banyak sebenarnya. Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bayaran tinggi, malah jenama antarabangsa juga memerlukan khidmat saya untuk mempromosikan produk mereka dengan syarat kena buka tudung."

Banyak juga dosa menipu bila ramai yang baca benda tipu. Tak gitu?
Quote LadyCarefree 8-9-2022 09:58 PM
"ramai pelakon yang menerima tawaran bertali arus selepas menanggalkan hijab."

Siapa? Ungka shah, ema kembong...lagi siapa? Diorang ni xtotop ghambot totop gambot xtotop semula selalu je kan ada berlakon.
Quote LadyCarefree 8-9-2022 09:58 PM
Iman diukur dgn totop ghambot gitu..
Quote che-cikL 8-9-2022 10:04 PM
LadyCarefree replied at 8-9-2022 09:56 PM
"
“Banyak sebenarnya. Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bayaran tinggi, malah jenama  ...

Ya iols setuju heheh
Quote SalenaGomez 8-9-2022 10:44 PM
makadek replied at 8-9-2022 08:54 PM
Bkn dia nk benikap ke ritu..

Kalau x silap belum berniqab…tp dia jual niqab atau promot niqab tu

Sebab tu kadang berniqab , kadang xde
Quote CariMalay 9-9-2022 12:06 AM
Cleocatra: Elok la ko berniqab, bole tutu ...
hidung huruf M dia cantik. Jeles ke bodo
Quote Janetnasuha 9-9-2022 12:06 AM
Hang bukak tudung pun, tak hingin laaa aku nak tengok eh. Ngade2 sgt
Quote AmandaRollins 9-9-2022 12:29 AM
Knp nk kena buat statement mcm tu?????jgn sampai org bongkar balik gambar bogel ko tu...nyampahhhh ngn penunggang agama mcm dia ni
Quote mamastoney 9-9-2022 12:33 AM
Belibis replied at 8-9-2022 09:29 PM
Rindu zaman disket..

Gambar2 atas sofa yg di save dlm disket ka

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.161579 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top