Biarpun nama dipetik sehubungan kes cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura beberapa bulan lalu, Dr Che Muhammad Hafiz tidak mudah melatah.
Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar itu menegaskan dia langsung tidak terkesan memandangkan dia tidak mempunyai masalah bertemu dengan anaknya. "Tidak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan mengatakan saya yang melakukan cubaan menculik itu. Jika boleh berjumpa secara baik, kenapa pula saya hendak buat perkara begitu? "Oleh itu, saya memilih untuk memberikan reaksi terhadap dakwaan yang dilemparkan. Saya tidak terkesan kerana menganggap dakwaan berkenaan tidak timbul sama sekali.
"Cuma secara umumnya, saya berpendapat ibu bapa di luar sana untuk lebih berhati-hati jika bersama anak-anak supaya insiden sebegini tidak berulang," katanya dipetik dari Harian Metro. Pendedahan Lufya sekitar Julai lalu mendakwa dirinya dipukul seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuannya di taman permainan mencetus spekulasi hingga ada pihak mengaitkan nama bekas suaminya itu sebagai suspek. - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 8-9-2022 09:54 PM
kenapa rambut anak dia kecik2 ada color?
syabee replied at 8-9-2022 08:29 PM
dah buat report lommm
beatgirlX replied at 8-9-2022 06:33 PM
Boleh x nak side ex lakinya?
Hahaha..betul la kot..blh jmpa Secara baik buat pe buat kerja bodoh?
beatgirlX replied at 8-9-2022 06:33 PM
Boleh x nak side ex lakinya?
Hahaha..betul la kot..blh jmpa Secara baik buat pe buat kerja bodoh?
ADVERTISEMENT