Walau sudah beberapa ketika berlalu, namun hubungan misteri Azri Iskandar dengan wanita dikenali sebagai Azra Diera Abdul Hamid masih diperkatakan.
Terbaru, pasangan itu dikatakan akan berkahwin pada hujung tahun ini. “Hubungan saya dengan Ara okey saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters. “Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami bernikah dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama pun dalam industri.
“Jadi, tak goyang dengan kata-kata orang lagi. Insya-Allah mungkin cuti sekolah dalam hujung tahun ini, kami akan disatukan. “Sekarang saya tengah kumpul duit kahwin… masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” kata Azri ketika dihubungi Gempak. Azri sebelum ini mengesahkan dia dan Dr Azra yang juga penulis skrip sudah bertunang pada 29 Jun lalu di Kangar, Perlis. Sejak heboh mengenai hubungan percintaan mereka, pelbagai spekulasi dan kontroversi melanda hinggalah ibu suri hatinya itu pernah dimasukkan ke hospital. “Sehingga kini, Ara masih fobia dengan insiden ibunya pengsan. Sampai sekarang masih ramai haters yang kecam saya… nak kahwin pun kena kecam,” katanya lagi. Apalah salah Azri, nak kahwin pun kena kecam. - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 8-9-2022 06:11 PM
kenapa gambar azra blur? tu kat cameron highland ye?
asfaz replied at 8-9-2022 06:46 PM
Ni ai screenshot minggu lepas kot. Gigih eh korie Ibrahim tu bekap. Tak pasti pernah jumpa real ke t ...
anony-mous replied at 8-9-2022 06:49 PM
Korie tu dari awal2 kes ni kecoh kan ckp dia kenal azra? Kalau x salah ingatan iols
asfaz replied at 8-9-2022 06:46 PM
Ni ai screenshot minggu lepas kot. Gigih eh korie Ibrahim tu bekap. Tak pasti pernah jumpa real ke t ...
pocongkiutss replied at 8-9-2022 08:09 PM
komen ni kat mana uols
ADVERTISEMENT