CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Matematik Diikat Pada Pokok, Dibelasah Pelajar Sebab Bagi Markah Rendah

8-9-2022 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1403| Komen: 4

Berpuluh pelajar sebuah sekolah di India tergamak mengikat guru matematik dan seorang kerani pada sebatang pokok sebelum memukul mereka.

Oddity Central melaporkan, ia berikutan mereka tidak berpuas hati dengan gred peperiksaan yang diberikan guru terbabit.



Dalam kejadian pada Isnin lalu, pelajar Scheduled Tribe Residential School di Dumka, negeri Jharkhand memperdaya dua kakitangan sekolah itu dengan alasan untuk membincangkan gred mereka dalam peperiksaan baru-baru ini. 

Pelajar-pelajar berkenaan mengikat kedua-dua mangsa pada sebatang pokok dan memukul mereka. 




Gambar dan video yang tular di media sosial memaparkan tiga lelaki diikat pada sebatang pokok dan perpuluh pelajar lelaki berkeliaran di sekeliling mereka dengan membawa batang kayu tebal.

Siasatan polis mendapati mangsa diserang secara fizikal oleh pelajar yang marah. Seorang daripada mangsa memberi keterangan ketika kepalanya berbalut akibat dipukul.



Reaksi ganas para pelajar itu tercetus ekoran beberapa gred teruk yang diperoleh sebilangan mereka dalam peperiksaan matematik.

Laman berita India Times melaporkan bahawa 11 daripada 32 pelajar menerima gred DD yang bersamaan dengan gagal sehingga mencetuskan kemarahan.

Mereka meminta guru matematik, Suman Kumar dan kerani yang memuat naik gred ke laman web sekolah, Soneram Chaure untuk bertanggungjawab. 




Pelajar yang marah tidak mendengar penjelasan mangsa dan terus mengikat mereka pada pokok sebelum membelasah menggunakan kayu.

Menurut siasatan polis yang sedang dijalankan, sebahagian besar pelajar sekolah itu terlibat dalam kejadian tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 8-9-2022 05:53 PM
sumpahan ikan kari asdan
Quote CiliPadiSedap 9-9-2022 08:18 AM
banyak2 cikgu yang kaka nak ikat ialah cikgu add math. sebab selalu dapat syntax error. math kacang goreng je
Quote AnBulisia 9-9-2022 09:45 AM
mrsm mana ni?
Quote stingergrumpy 9-9-2022 09:50 AM
CiliPadiSedap replied at 9-9-2022 08:18 AM
banyak2 cikgu yang kaka nak ikat ialah cikgu add math. sebab selalu dapat syntax error. math kacang  ...

F math ko ado?

Apa curlast setakat Add Math?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061321 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top