"Saya masuk GV9 bukan sebab duit." Shila Amzah, 32, yang menempa nama di negara Tembok Besar China tidak cepat melatah apabila netizen menganggapnya tidak layak menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kerana masih aktif menyanyi.
Mengakui sudah lali dengan situasi sedemikian, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah berkata, penyertaannya dalam program GV9 adalah untuk memperbaiki diri, selain ingin keluar daripada zon selesa. "Ini kerana saya melihat program realiti ini boleh menjadi platform yang sesuai untuk seseorang penyanyi berkarya.
"Sebelum ini, saya menyertai pertandingan seperti The Masked Singer dan Anugerah Juara Lagu, tetapi kedua-dua pertandingan itu mempunyai konsep berbeza. "Setiap minggu kita akan cuba menampilkan persembahan terbaik dan mencabar kreativiti sendiri. Sebagai penyanyi, program GV9 membantu saya untuk lebih yakin, sekali gus memberi kepuasan kepada diri sendiri. "Jika nak cakap takut pada kritikan, saya sudah lalui pelbagai kontroversi. Saya juga tak kisah dikritik dari segi nyanyian kerana lebih baik kritikan soal kerja berbanding peribadi," katanya kepada BH Online. Meskipun menyedari risiko bakal dihadapi dan takut jika perjuangannya dalam program GV9 terhenti di pertengahan jalan, namun penyanyi itu tetap bersikap positif. "Selalunya perkara paling saya takut menyertai pertandingan adalah penyingkiran. Jika boleh saya nak elak perkara ini berlaku pada saya. "Seandainya tewas saya tetap bangga sebagai peserta paling muda dan bersaing bukan dengan calang-calang penyanyi," ujar Shila. Sumber: BH Online
|
ashilalat replied at 8-9-2022 07:55 PM
Dasar shilalat tamak haloba. GV tahun ni la paling x best dalam sejarah GV. Kita bukan nak tgk penya ...
cicicumel replied at 8-9-2022 08:19 PM
Masalahnya ada lagi ke calon2 peserta 90an sendu nak ditarik ke GV? Kalu terlalu sendu sangat sapa ...
ashilalat replied at 8-9-2022 08:28 PM
Ada je...berlambak yg tak popular boleh menyanyi dgn baik lebih senior dari shilalat yg perlukan p ...
ashilalat replied at 8-9-2022 08:28 PM
Ada je...berlambak yg tak popular boleh menyanyi dgn baik lebih senior dari shilalat yg perlukan p ...
cicicumel replied at 8-9-2022 08:33 PM
Coi.. Taraf2 Adam Mika lahir 2010 khennn..
I dh 30++..
Btw calon2 u tulis tu half of them i kenal ...
refleCtion replied at 8-9-2022 08:43 PM
I sambung
Martini Kamsah
ashilalat replied at 8-9-2022 08:48 PM
Hahaha..adam mika x menahan.
Tp ni pendapat aku lah. Tarikan utama GV yg menarik aku dan sebahagi ...
ashilalat replied at 8-9-2022 08:48 PM
Hahaha..adam mika x menahan.
Tp ni pendapat aku lah. Tarikan utama GV yg menarik aku dan sebahagi ...
prizadane replied at 8-9-2022 10:07 PM
Setuju. Even kalau penyanyi tak berapa nak kertu tapi sejuk beku pun takpe. Contoh macam Ct nana d ...
ADVERTISEMENT