Tular hantaran seorang pengguna TikTok yang berkongsi video Jep Sepahtu bersama beberapa selebriti wanita dalam program Sepahtu Reunion Live, baru-baru ini.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila dia bersungguh-sungguh dalam menjaga batas pergaluan ketika membuat persembahan bersama artis wanita lain. Malah, Jep dilihat menepis tangan dan sentiasa mengelak dari bersentuhan dengan tetamu jemputan yang hadir antaranya Azira Shafinaz, Datin Elvina Mohamad, Nasha Aziz dan Elizabeth Tan.
Rata-rata netizen yang melihat rakaman itu memuji tindakan Jep dalam menjaga dan menghormati perasaan isterinya, Sari Yanti. |
ADVERTISEMENT