CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meninggal Kerana Pikap Tersangkut Di Jalan Rosak, Ambulans Mana?

8-9-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 790| Komen: 0

Seorang wanita berusia 50 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital di Ruteng, wilayah Manggarai selepas pikap dinaikinya tersangkut di jalan yang rosak.  


Lapor Kompas, Maria Erita Jebuat menghembuskan nafas terakhir apabila pikap yang membawa mangsa dari klinik kesihatan Tentang di daerah Ndoso, tersangkut di jalan rosak selama lebih lima jam.  


MARIA meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital di Ruteng di wilayah Manggarai. - AGENSI

Berita kematian Maria menjadi perhatian ramai warganet selepas seorang individu menggunakan akaun @Nana Hiron memuat naik kisah menyayat hati yang menimpa mangsa di laman Facebook.


“Seorang pesakit meninggal dunia dalam pikap di kawasan Sabo, barat Manggarai. Persoalannya mana perginya semua ambulans?

“Sampai bila lagi penduduk perlu tunggu jalan yang rosak ini dibaiki.

“Tolonglah perbaiki jalan rosak ini dengan segera agar tidak ada lagi penduduk yang menjadi mangsa,” katanya di Facebook.  

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa, Frans Janggut berkata, Maria dari kampung Raca di Golo Keli dibawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan).

Katanya, mangsa bersama keluarganya tiba di klinik kesihatan Tentang sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan).

Bagaimanapun, kata Frans, doktor di klinik kesihatan menasihati keluarganya untuk membawa Maria ke Hospital Ben Mboi di Ruteng.

Menurutnya, jalan raya menuju ke hospital berkenaan rosak sehingga menyukarkan lori pikap yang membawa mangsa dan keluarganya melalui laluan tersebut.

“Maria terpaksa menunggu selama berjam-jam di dalam lori pikap sehingga keadaannya tenat dan meninggal dunia,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.070164 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top