CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bukan Surat Amaran Lah, Itu Pemberitahuan Jumlah Yuran Tertunggak'

8-9-2022 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2851| Komen: 18

Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Malaysia menafikan mengeluarkan surat amaran kepada bapa seorang pelajarnya berhubung tunggakan yuran Pasti berjumlah RM1,000 seperti didedahkan oleh seorang Ahli Parlimen DAP.


Menurut Pasti, surat tersebut adalah bersifat pemberitahuan mengenai jumlah yuran tertunggak.

"Pasti Malaysia ingin menjelaskan bahawa laporan berkenaan surat amaran dikeluarkan oleh Pasti adalah tidak tepat dan tidak mencerminkan situasi sebenar yang berlaku. Surat pemberitahuan adalah prosedur biasa yang dikeluarkan bagi memastikan pengoperasian Pasti dapat diuruskan dengan lancar.


'Bukan Surat Layanglah, Itu Pemberitahuan Jumlah Yuran Tertunggak'



"Difahamkan surat tersebut telah dikeluarkan atas permintaan bapa murid itu bagi tujuan menyokong permohonannya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS)," menurut kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Pasti Malaysia, pada Rabu.

Pasti Malaysia menegaskan, pengurusannya di semua peringkat sentiasa prihatin, cakna dan membantu ibu bapa pelajar yang menghadapi masalah kewangan dengan memberikan pertimbangan pengurangan atau pengecualian bayaran yuran sekiranya pihak ibu bapa membuat permohonan secara bertulis.

Menurut kenyataan itu, Pasti Malaysia bersama wakil Dewan Pemuda Pas Malaysia akan bertemu lelaki tersebut bagi menyelesaikan permasalahan dihadapinya termasuk berkaitan persekolahan anaknya di Pasti.

Pada Selasa, seorang ahli parlimen memuat naik kisah mengenai bapa murid itu menerusi satu hantaran di Facebook.

Turut dinyatakan kesukaran hidup dihadapi lelaki berkenaan termasuk mengenai surat amaran tunggakan yuran Pasti yang didakwa diterima lelaki tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-9-2022 04:40 PM
PASTI pun swasta, takde duit, masuk je lah tadika kerajaan, kemas ke, pra sekolah ke, taska kerajaan ke, tadika perpaduan ke, yuran lebih rendah, kalau rasa cepat penuh, usaha la berebut daftar awal, jangan malas, semua nak kena suap depan muka... rajinkan bertanya...jangan kata tak tahu prosedur sebab miskin, orang miskin la kena usaha lebih...
Quote zidane_ziege 8-9-2022 04:51 PM
Manipestol lobai nak bagi pendidikan percuma..

Sekolah tadika lobai pun kena bayar
Quote Tunan 8-9-2022 04:55 PM
Cepat je org DAP tu tau ya
Quote prettyuglybabe 8-9-2022 05:12 PM
baru tadika dah nak kena mintak zakat bagai..
masuk sekolah tak tau la macam mana..
Quote hotmak 8-9-2022 05:24 PM
yuran pasti mmg dah mahal kan skrg, lebih kurang tadika2 ada nama je fee, dah klu tak byr mmg patut lah di ingatkan, takkan nak belajar
Quote hareeeesah 8-9-2022 06:22 PM
Mohon zakat pastu hantar anak kindy yg lebih dari kemampuan?
Quote Samerosie 8-9-2022 06:27 PM
Jab jab PASTI ni bukankah macam KAFA sebab belakang rumah iols ni PASTI yg setat setajah nye semua sskjp.  Kul 7:30 masuk kul 12 dah habis.  Sorry la iols memang tak gemar, pengotor lalang tinggi lutut baru nak potong itupun buat sendiri.  Benda bersidai kat pagar sampai reput pun tak angkat.  Tak pernah nampak or dengar bersihkan dalam bangunan.  Masa mco first2 dulu ada buat kutipan derma tapi yg iols tengok geng2 dia gak yg dia bagi keta besar2 datang ambil bantuan.
Quote prince_marhaen 9-9-2022 08:27 AM
Samerosie replied at 8-9-2022 06:27 PM
Jab jab PASTI ni bukankah macam KAFA sebab belakang rumah iols ni PASTI yg setat setajah nye semua s ...

PASTI ni tadika swasta under PAS... ala islamic lah.. KAFA under JAKIM, kerajaan, kelas sekolah agama petang.
meols pun pernah pengalaman nampak PASTI area rumah meols dulu, semua cikgu kelubung, tapi sisa makanan, sampah2, main lempar je kat belakang lorong (diorang sewa rumah taman), pastu kemain kekwat cikgu kelubung dengan makcik-makcik taman...asyiklah minta bantuan macam tiap-tiap hari ada event...hujung-hujung boss-boss diorg agaknya, asal singgah semua kereta mewah ye, dgn vellfirenya, alphard, 4x4, camry... kemain ek..
Quote glump 9-9-2022 08:48 AM
Budak 4-5 tahun tu ..masuk tadika kemas je.dah 6 tahun masuk pra...kalau mampu pi lah tadika swasta ..kalau parent pun so so hantar anak sekolah Mana pun aura sama yg sampai. Taklah jadi brilliant Mana.
Ada gak 0arent terpaling ,pagi antor anak ke kemas ,petang pi tadika swasta gara2 nk biasakan ank2 bila sekolah rendah nanti.
Quote Samerosie 9-9-2022 09:10 AM
prince_marhaen replied at 9-9-2022 08:27 AM
PASTI ni tadika swasta under PAS... ala islamic lah.. KAFA under JAKIM, kerajaan, kelas sekolah ag ...

Homai sebijik chuols describe tu sama je perangai dgn yg kat belakang rumah i ni, immediate belakang so memang nampak dgn mata sendiri.  Kat google map view tak tau kenapa dia minta google blurkan rumah PASTI ni.  Perangai parents pun sama selfish semua ala2 selamic tapi perangai wuhan.  Tuan punya franchise ni pun keta mewah chuols.
Quote prince_marhaen 9-9-2022 09:13 AM
Samerosie replied at 9-9-2022 09:10 AM
Homai sebijik chuols describe tu sama je perangai dgn yg kat belakang rumah i ni, immediate belaka ...

yang hantar anak situ semua feeling nak anak soleh solehah, tapi jenis mak pak tak bercampur orang, orang lain semua jahat & liar, tak selamic macam theyols... kuasek... pastu ASYIK MINTAK DERMAAAA je...
Quote Belibis 9-9-2022 10:03 AM
prince_marhaen replied at 9-9-2022 08:27 AM
PASTI ni tadika swasta under PAS... ala islamic lah.. KAFA under JAKIM, kerajaan, kelas sekolah ag ...

Abis tu..takkan warlord amnu jer nak pakai alpat..warlord lobai pakai axia..gitu??
Quote prince_marhaen 9-9-2022 10:14 AM
Belibis replied at 9-9-2022 10:03 AM
Abis tu..takkan warlord amnu jer nak pakai alpat..warlord lobai pakai axia..gitu??

masing-masing saling berlawan-lawan lah ye kan uols? hahaha dua-dua pun sama je..
Quote bakingsoda 9-9-2022 10:20 AM
walaun ni mesti bajet2 dah undi pas dapat yuran pree kewww?
Quote akies 9-9-2022 11:14 AM
Yuran pasti kt area rumah iols bukan main mahal ye.
Iols dulu survey gak tp takpelah..
Hantar ke tadika cina lagi berbaloi..
Iols dah serik hantar ke tadika so called islamik like CIC & Little Caliph..
Owner dan principle bukan main kerek lagi.
Bertudung labuh dan berserban bagai owner.
Iols bukan nak condemn pemakaian owner tadika ni..
Tapi tak semenggah weh dengan lontaran bahasa.
Ayat yang paling tak boleh blah
“Parents kena follow cara
kami..bukan kami kena dengar cakap parents”

Lepas tu segala bagai..communication guna email..
Kalau kita jarang check email..memang terlepas la info semua tu..
Entah pape..
Quote supernaturalee 9-9-2022 11:30 AM
tak PASTI jangan Xong Ci


Quote makita 9-9-2022 12:48 PM
akies replied at 9-9-2022 11:14 AM
Yuran pasti kt area rumah iols bukan main mahal ye.
Iols dulu survey gak tp takpelah..
Hantar ke tad ...

Meols serik dgn litle kalip..ada disumbatkan 13 org dlm 1 bilik umah teres setingkat. Bila tanya gubesar jumplah student..kata 13 org. Rupanya 13× 6 kelas sumbat 1 umah. Meols bwk keluar.. masuk ke tadika yahudi. Yuran murah 50%. Student ada 15 org tadika size shoplot tak ada partition.
Quote ladybugz 9-9-2022 09:44 PM
hmm.. mahalnya yuran pasti. i thought mcm kemas tp versi pas. entahla. i ni anak i dah 6 yrs old tp i tukarkan kindy dah 3 kali sejak usia dia 4 yrs old. last2 sampai skrg duk kat kindy under kelolaan kerajaan negeri sbb ada buat special program. bayaran of course jauh lebih murah cuma bila dah duk ceruk kmpung ni, somehow anak i mudah pulak blaja bad words n pasal kawin2 la entah la x paham, tp dari segi hafazan al quran, fardu ain tu bagus. hampir nk pindahkan skali lg tp my daughter ckp dia suka skolah situ sbb ramai kwan2 n cikgu baik2. so x jadi. apepun, moga semua kindy pasti kenala naik
tarap supaya setimpal dgn bayaran.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.121645 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top