CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Rogol, Liwat Adik Ipar Sejak Usia 9 Tahun

8-9-2022 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6720| Komen: 76

Melaka: Imam dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas 12 pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya sejak mangsa berusia sembilan tahun antara September 2017 hingga Jun lalu.


Tertuduh, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan didakwa dilakukan di rumah berasingan di Jasin, dekat sini.

Terdahulu, prosiding kes itu dijalankan berasingan di Mahkamah Sesyen 2 dan 3 di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.


Foto: Harian Metro

Pada prosiding pertama di Mahkamah Sesyen 2, tertuduh berdepan lima pertuduhan iaitu tiga kesalahan merogol dan masing-masing satu kesalahan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan amang seksual fizikal ketika mangsa berusia sembilan, 10 dan 11 tahun.


Kesalahan itu didakwa dilakukan pada awal dan pertengahan September 2017, awal Mac 2019 dan pada 20 Julai 2019, antara 3 pagi hingga 12.30 tengah malam.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen 3, tertuduh didakwa masing-masing atas tiga pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal serta tuduhan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada awal Mac dan September 2019, 12 Julai 2021 serta pada 29 Januari, 28 Mei dan 13 Jun 2022 pada masa berbeza antara 9 pagi hingga 4 pagi.

Pertuduhan rogol dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Manakala bagi kesalahan amang seksual pula, dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 (1) dan Seksyen 27 (1) akta sama, jika disabitkan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan memohon mahkamah tidak mengenakan jaminan terhadap tertuduh atas alasan tertuduh adalah abang ipar mangsa.

Namun, pendakwaan mencadangkan jaminan RM170,000 bagi kesemua 12 pertuduhan jika mahkamah menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin.

Peguam Andrew Lourdes bagaimanapun merayu jaminan rendah kerana anak guamnya menanggung empat anak berusia 16 hingga 3 tahun dan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam manakala isteri tidak bekerja.

Katanya, mangsa kini berada di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Negeri Sembilan dan tiada kemungkinan kacau ganggu oleh tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM79,000 berserta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

6 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan mendapatkan laporan perubatan mangsa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 8-9-2022 03:58 PM
Imam perangaii gini...
Huhu..
Quote JunkMail 8-9-2022 03:59 PM
Ini bukan imam ni setan
Quote renko 8-9-2022 04:01 PM
ostajah bieber harap nampak berita cmni
Quote Friska 8-9-2022 04:01 PM

TERTUDUH (depan, tengah) di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Imam didakwa rogol, liwat adik ipar
September 8, 2022 @ 3:45pm

Melaka: Imam dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas 12 pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya sejak mangsa berusia sembilan tahun antara September 2017 hingga Jun lalu.

Tertuduh, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan didakwa dilakukan di rumah berasingan di Jasin, dekat sini.

Terdahulu, prosiding kes itu dijalankan berasingan di Mahkamah Sesyen 2 dan 3 di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.

Pada prosiding pertama di Mahkamah Sesyen 2, tertuduh berdepan lima pertuduhan iaitu tiga kesalahan merogol dan masing-masing satu kesalahan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan amang seksual fizikal ketika mangsa berusia sembilan, 10 dan 11 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada awal dan pertengahan September 2017, awal Mac 2019 dan pada 20 Julai 2019, antara 3 pagi hingga 12.30 tengah malam.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen 3, tertuduh didakwa masing-masing atas tiga pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal serta tuduhan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada awal Mac dan September 2019, 12 Julai 2021 serta pada 29 Januari, 28 Mei dan 13 Jun 2022 pada masa berbeza antara 9 pagi hingga 4 pagi.

Pertuduhan rogol dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Manakala bagi kesalahan amang seksual pula, dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 (1) dan Seksyen 27 (1) akta sama, jika disabitkan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan memohon mahkamah tidak mengenakan jaminan terhadap tertuduh atas alasan tertuduh adalah abang ipar mangsa.

Namun, pendakwaan mencadangkan jaminan RM170,000 bagi kesemua 12 pertuduhan jika mahkamah menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin.

Peguam Andrew Lourdes bagaimanapun merayu jaminan rendah kerana anak guamnya menanggung empat anak berusia 16 hingga 3 tahun dan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam manakala isteri tidak bekerja.

Katanya, mangsa kini berada di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Negeri Sembilan dan tiada kemungkinan kacau ganggu oleh tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM79,000 berserta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai.

6 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan mendapatkan laporan perubatan mangsa.

Quote laksmanabentan 8-9-2022 04:02 PM
renko replied at 8-9-2022 04:01 PM
ostajah bieber harap nampak berita cmni

tak glamour untuk di komen...
kan stezah selebriti kan... haruslah yang popular aja dikomen...
Quote renko 8-9-2022 04:04 PM
laksmanabentan replied at 8-9-2022 04:02 PM
tak glamour untuk di komen...
kan stezah selebriti kan... haruslah yang popular aja dikomen...

lagi plak orang sama golongan dia
lagi la buat buta
Quote kelip2_07 8-9-2022 04:08 PM
org mcm nie klu mangsa cite pn org akn nafikn
Quote Friska 8-9-2022 04:11 PM

Seorang imam di Taman Seri Kerayong, Jasin berhadapan 12 pertuduhan seksual yang dilakukannya terhadap adik iparnya sejak berusia sembilan sehingga 14 tahun.

Imam berhadapan 12 pertuduhan rogol, amang seksual terhadap adik ipar
Wartawan Suara Merdeka Send an email
54 mins ago

Siapa sangka seorang imam di Taman Seri Kerayong, Jasin berhadapan 12 pertuduhan seksual yang dilakukannya terhadap adik iparnya sejak berusia sembilan sehingga 14 tahun.

Bagaimanapun, imam berusia 40 tahun itu dan mempunyai empat orang anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 12 pertuduhan tersebut.

Dia membuat pengakuan tersebut sewaktu jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa merogol, melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Taman Seri Kerayong, Jasin.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 3 pagi antara awal September hingga pertengahan September 2017.

Bagi pertuduhan keempat hingga ketujuh, tertuduh didakwa merogol, melakukan amang seksual dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan terhadap mangsa sama antara pukul 4.30 petang awal Mac 2019 hingga pukul 9.30 pagi awal September 2019 di alamat sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) dan Seksyen 27(1) akta sama.

Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun namun tidak melebihi 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sabit kesalahan, Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara lima tahun hingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga turut didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap mangsa sama bagi pertuduhan ke lapan hingga ke-12 di sebuah rumah beralamat di Jalan Simpang Badak, Jasin, antara jam 2.30 pagi 12 Julai 2021 hingga 13 Jun lalu.

Bagi kesemua pertuduhan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan.

Mereka turut memohon mahkamah tidak mengenakan jaminan terhadap tertuduh namun mencadangkan jaminan RM120,000 bagi kesemua 12 pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai dibicarakan.

Tertuduh diwakili peguamnya, Andrew Lourdes merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai empat anak berusia antara tiga hingga 16 tahun masih bersekolah selain hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam manakala isteri tidak bekerja.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM79,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes tersebut. – SM

Quote white_musk 8-9-2022 04:15 PM
laksmanabentan replied at 8-9-2022 04:02 PM
tak glamour untuk di komen...
kan stezah selebriti kan... haruslah yang popular aja dikomen...

dia sibuk cemolot dengan tipah reziah
Quote saviour_09 8-9-2022 04:16 PM
gilo nate beruk ni

ore ko iblis
Quote black_handbag 8-9-2022 04:16 PM
ya allah. kesiannya budak tu. mesti dah jadi suka sama suka dahla tu kalau dari 9 tahun dah kena, smpi dan umur 13 tahun dirogol berkali2.
Quote elzy 8-9-2022 04:19 PM
Walaupun according to law, everyone charged with a criminal offence shall be presumed innocent until proved guilty tapi baca tajuk pun dah menjijikkan.. Bila fikir ada title IMAM tapi nafsu serupa binatang.. cannot brain at all..
Quote Nenasketum 8-9-2022 04:25 PM
Harap bagi hukuman sula sampai mati
Quote epuepy 8-9-2022 04:29 PM
Kalo betul la, hang mmg setaaaaaan. Tp kalo tk betul, moga kebenaran terbukti.
Quote CariMalay 8-9-2022 04:31 PM
Ebit lew mesti suka berita2 rogol macam ni sebab dah biasa merogol
Quote insulin 8-9-2022 04:34 PM
Menyedihkan.
Quote hareeeesah 8-9-2022 04:38 PM
Syaitonnya.. at the same time dia ada anak kecik so kata lain bini dia sihat masih je jimak dgn bini tu yg kacau budak kecik apehal?!
Quote hayrin86 8-9-2022 04:39 PM
Tidak seiring langsung..
Quote TomyamPuteh 8-9-2022 04:41 PM
Ipah Roziah diva puk puk dh bertudung labuh ke lps jumpa ustzh tu?

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.069523 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top