CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dina Nadzir Jadi Mangsa Body Shaming Sejak Kecil,"Orang Tak Tahu Saya Struggle Diet"

8-9-2022 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5677| Komen: 51

Menjadi mangsa ‘body shaming’ sejak kecil lagi, penyanyi Dina Nadzir berkata dia terpanggil untuk menyuarakan mengenai perkara itu selepas menerima beberapa komen hinaan mengenai tubuh badan di media sosial.


Kata Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 37, orang ramai mungkin tidak mengetahui dia berusaha keras untuk mengurangkan berat badan kebelakangan ini.

Foto: IG

“Saya sebenarnya tengah diet dan orang keliling saya saja yang tahu betapa saya struggle untuk nak turunkan tujuh kilogram dalam sebulan ini.

“Mungkin saya juga terusik dengan komen tersebut sebab orang itu tak tahu saya tengah struggle.


“Dari segi kesihatan mental, Alhamdulillah saya tak terlalu terkesan sangat sebab saya dah kena perkara ini dari kecil lagi,” katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Dina memberitahu dia mahu kembali aktif sebagai penyanyi dengan menggunakan platform Gegar Vaganza sebagai titik permulaan.





Dina akan bersaing dengan 12 peserta lain bagi merebut gelaran juara antaranya Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah, Bob Yusof dan ramai lagi.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miu84 8-9-2022 04:18 PM
Keep it up, Dina! Asal jgn potong usus bagai sebab nak kurus. Biar lambat asal selamat gitchuuu.
Quote black_handbag 8-9-2022 04:23 PM
tak suka dia jadi dj. suara dia kat radio mcm gud gud gitu. perasan bagus. geli
Quote supernaturalee 8-9-2022 04:28 PM
janji kau sihat
jaga kesihatan
jaga kebersihan



Quote anony-mous 8-9-2022 04:29 PM
Diet mmg struggle tp klau kejap diet kejap cheat, mmg xnmpk hasil
Quote prince_marhaen 8-9-2022 04:30 PM
meols minat sangat sheols ni... tapi itulah, kadang pemilihan mekap, baju, skincare, gaya rambut sheols macam asal boleh & suka experiment yang tak sesuai dengan sheols, bukan sebab bentuk badan je, beberapa kali ada event sheols nyanyi & emcee, menarik sangat, tapi pakaian kadang-kadang tidak berapa sesuai, cuba tiru sherry al hadad, nampak wangi je... modal pun meols percaya sheols ni masyuk juga banyak job...so..nak ngan tak nak je lah.. asal tak nampak kepam.
Quote Potpouri 8-9-2022 04:35 PM
Kalau mcm ni sesuai lah potong usus tu, besar sangat risau juga kalau kena kenc manis.

Bila jaga makan, amik yang healthy je, makan sayur, buah, minum air banyak.. confirm muka nampak berseri2.Cuba tengok org dalam pantang yang amik makanan berkhasiat (bukan yang pantang mengarut kurang minum air, makan ikan masin).

Pengambilan makanan berminyak, berkalori manis membuatkan muka kusam berminyak..
Quote TomyamPuteh 8-9-2022 04:37 PM
Edited by TomyamPuteh at 8-9-2022 04:38 PM

Masa dia shooting kt Perlis cita jgn pandang belakang congkak apa ntah. Shooting kt Gua Sami. Makcik aku ternampak dia depan2. Ingatkan segak. Pendek, hitam, tembun ja pun. Itu ayat makcik akuSori Dina.Kenyatan itu mmg pahit dekk.
Quote innocent_me 8-9-2022 05:26 PM
Ye ke dietnya? Cer try bersenam. Tak penah nampak dia bersenam. Itu lebih effective. Tgk sherry, rajin g gym dh slim. Badan besar kalau nk harap dgn diet je payah, kena jgk bersenam. Tgk syanie, potong usus tak selim juga. Kena senammm.
Quote AWEKSAMURAI 8-9-2022 05:40 PM
prince_marhaen replied at 8-9-2022 04:30 PM
meols minat sangat sheols ni... tapi itulah, kadang pemilihan mekap, baju, skincare, gaya rambut she ...

Dia patut cari designer mcm kakak sherry al hadad tu sume baju sherry pakai elok je ...
Quote umbut 8-9-2022 05:56 PM
Potong je lah...takda jadinya diet ko...dah 30 tahun lebih bawak badan besar tong.. sebelum 40 cantikk kan ler diri tu, mana tau datang jodoh..dari dulu kata diet kurus tak jugak
Quote rosedemon 8-9-2022 06:11 PM
yeke tu struggle. xkurus2 mslhnya
Quote missyL 8-9-2022 08:37 PM
Diet yoyo mmg cm nie lah

Klo btol2 diet jadikn lifestyle mmg kurus dah
Ckp tok diri sendiri jgk hahaha
Quote LautBiru52 8-9-2022 09:30 PM
Dina kalau kurus mesti cantik. Senyuman dia manis.
Quote hyie 8-9-2022 10:50 PM
masa Malaysia Idol dulu, sheols masuk dengan kakak sheols, kan? pastu kakak dia tak lepas top 40 ke apa sebegitu.
Quote surih07 8-9-2022 10:50 PM
Kurusss je siss kalau disiplinnn
Chaiyok yach!
Quote prince_marhaen 9-9-2022 08:19 AM
AWEKSAMURAI replied at 8-9-2022 05:40 PM
Dia patut cari designer mcm kakak sherry al hadad tu sume baju sherry pakai elok je ...

..dan stylist supaya tak caca marba dan nampak asal boleh je, dia tu artis, selebriti, kerjaya ni orang memang nak kena nampak cantik, sihat, positive, kalau asyik merempan kena body shaming je, orang pun meluat macam zulin terdampar dulu, tak cerita laki, cerita jodoh, cerita body shaming, hujung-hujung potong perut... aiyoohhh...
Quote AWEKSAMURAI 9-9-2022 08:33 AM
prince_marhaen replied at 9-9-2022 08:19 AM
..dan stylist supaya tak caca marba dan nampak asal boleh je, dia tu artis, selebriti, kerjaya ni  ...

Betul dia kena senantiasa positive n yakin diri mcm sherry
Quote Gianna111 9-9-2022 09:05 AM
black_handbag replied at 8-9-2022 04:23 PM
tak suka dia jadi dj. suara dia kat radio mcm gud gud gitu. perasan bagus. geli

dari dulu i rasa dia ni kerek
Quote lasagna 9-9-2022 09:18 AM
msa lps2 msian idol dlu minat sungguh dgn dia, tp bila ada company event amek dia buat show dlu, terus turn off, dah laa kekwat nak mampos, iols plak handle event tu. sori dina, even sora ko sedap, attitude kau sometimes out. bad experienced.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042948 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top