CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKM Adakan Sesi Kaunseling Bersama Pelakon Remaja Yang Mendakwa Dicabul Bapanya

8-9-2022 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1146| Komen: 6

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah mengadakan sesi kaunseling bersama pelakon remaja yang mendakwa dicabul bapanya, pada Isnin lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihak JKM turut membawa seorang kaunselor pada sesi menyantuni pelakon berkenaan di kediamannya.

"JKM sudah mengadakan sesi kaunseling dengan menyantuni pelakon itu dan mengambil beberapa tindakan susulan dari segi emosi dan sebagainya.

"Pihak JKM juga akan mengadakan sesi kaunseling susulan selepas ini. Saya kira bapa dan pelakon itu juga masing-masing sudah membuat laporan polis, jadi biar pihak berkuasa jalankan siasatan mereka," katanya.




Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (Pekerti) 2022-2025 di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKM, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, pihaknya akan mengadakan sesi kaunseling seterusnya dalam masa terdekat.

"JKM juga akan melihat bantuan lain yang sewajarnya kepada pelakon berkenaan yang turut memaklumkan pendapatannya ketika ini hanya 'cukup makan'," katanya.

Ditanya desakan Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim supaya pihak menemubual pelakon remaja itu dikenakan tindakan kerana mengeksploitasi golongan berkenaan demi mengejar tontonan yang tinggi, Shaharuddin berkata, perkara itu perlu diajukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Untuk tindakan mengikut Akta Kanak-Kanak, kita perlu memperhalusi dan bekerjasama dengan SKMM yang mempunyai bidang kuasa menyekat kandungan tertentu," katanya.

Baru-baru ini, pelakon remaja itu mendedahkan sikap buruk bapanya ketika ditemubual dalam satu program di YouTube.

Pelakon remaja itu mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya, selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk.

Selepas kisah itu tular, suspek yang menetap di Kedah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu pada Ahad lalu untuk menafikan dakwaan anaknya itu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan bapa pelakon terbabit ditahan pada jam 2.25 petang, Selasa lalu.

Wan Azlan berkata, suspek yang berusia 43 tahun ditahan di kediamannya di Kedah sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit milik suspek dan akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 8-9-2022 03:09 PM
Sian si aqish ni..
Quote Perawankota 8-9-2022 04:08 PM
Jauhnya tangkap kt kedah, bawak smpi ke subang jaya
Quote rosedemon 8-9-2022 06:00 PM
okay. watevah
Quote Nnoor2 8-9-2022 08:11 PM

[youtube]CkonRJM-fs4[/youtube]


Apa kata ustazah asma ni...

Tapi kalau betul bapaknya cabul dia...100% aku sokong dia report polis...mmg patut dia dedahkan...ni kes seks abused..haruan mkn anak
Quote pyropura 9-9-2022 05:14 AM
Macam biasa, sistem bangsa Yahudi: yg.mengadu pulak kena, lebih2 lagi pengadu pompuan.
Quote rogayahtop 9-9-2022 06:19 AM
maknya tak nampak laki sendiri melesong depan anak?


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.065629 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top