CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acik Pelamin Buat Kepala Sendiri- Pengantin Minta Semua Putih Tapi Dapat Buruk, Warna-Warni

8-9-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5071| Komen: 51

Lain yang diidamkan, lain pula yang dapat.

Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan situasi wanita ini apabila pelamin untuk majlis resepsinya 'lari' tema serta tidak menepati kehendaknya gara-gara kesilapan pihak butik pengantin.


Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita tersebut turut berkongsi gambar contoh pelamin impiannya serta pelamin yang dihasilkan oleh pihak butik berkenaan yang ternyata berbeza seperti langit dan bumi!



Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ain Taha berkata, dia memilih untuk menggunakan khidmat butik pengantin berkenaan selepas dicadangkan oleh salah seorang rakan ibunya.


"Sebenarnya bila nak kahwin, kita akan survey banyak tempat. Butik ini kawan mama saya yang suggest. Bila orang tua cadangkan, kita serba salah. Kawan mama saya pun cakap servis butik ini elok.

"Saya sempat buat research juga dan tengok testimoni klien mereka okay saja. Bila pergi food tasting, lauknya menepati citarasa. Saya tanya, boleh ke kalau nak buat pelamin. Owner butik kata boleh.

"Saya tunjukkan satu gambar pelamin yang mereka dah buat dan minta tukar tema warna saja kerana saya nak semua putih. Owner minta saya beri gambar rujukan, saya tunjukkan satu gambar dari Google. Saya tekankan yang nak semua warna putih, tak mahu bunga lavender atau bunga berwarna yang lain.

"Saya cakap, dekat meja makan beradap dan meja tetamu bolehlah nak sikit bunga ros merah tapi minimal. Di pelamin semua putih. Dia cakap lagi senang sebab semua putih," cerita wanita berusia 30 tahun ini.



Tambah Ain, pihak butik datang memasang pelamin di dewan sehari sebelum majlis resepsinya berlangsung.

"Masa mereka set up, saya sibuk sebab hari tersebut saya nikah. Lewat malam baru dapat gambar pelamin. Saya mesej owner butik dan beritahu ini bukan yang saya nak. Dia kata tak apa, acik banyak pengalaman. Awak ikut saja, acik lebih tahu.

"Saya tak tahu nak cakap apa sebab dah penat nak fikir. Esoknya, masa saya melangkah masuk dewan, perasaan bercampur baur. Rasa nak menangis tapi terpaksa senyum. Kenapalah buat macam ni. Kita ni bayar, bukan sponsor.

"Sepatutnya mereka kena ikut kehendak klien sebab klien bayar untuk perkhidmatan mereka," ujar Ain yang merupakan seorang usahawan makanan sejuk beku.

Meskipun sudah dua tahun insiden sedih itu berlaku, Ain berkata tujuannya memuat naik video di media sosial hanyalah sekadar mahu berkongsi kisah untuk dijadikan pengajaran buat bakal pengantin yang lain.

"Konlusinya, niat saya bukan nak tutup periuk nasi owner butik. Saya tak sebut nama mereka pun. Saya cuma berharap pengalaman saya ini jadi pengajaran kepada yang lain.

"Ada yang komen, mungkin sebab bajet saya kecil, sebab tu dapat pelamin macam itu. Saya nak jelaskan, saya langsung tak beri bajet tertentu sebab saya willing nak bayar. As per discussion, harga dah setuju, deko pun dah setuju tapi hasilnya jadi macam ni.

"Kita ni punyalah survey, tapi kalau Tuhan kata macam ni, macam inilah jadi. Sampai sekarang sebak bila tengok pelamin orang lain cantik je. InsyaAllah, perancangan nak sanding semula tu ada, jika ada rezeki nanti.

"Jadi buat bakal pengantin, jangan takut untuk fight sebab kita bayar. Kalau boleh, pergi tengok sendiri masa mereka set up pelamin supaya boleh pantau dan minta seperti yang kita mahu," ujarnya lagi.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HasfyAbd 8-9-2022 01:36 PM
emmm...redho jelah ya..tak pun saman jer..
Quote doubleA 8-9-2022 03:31 PM
Memang colourful sungguh realiti pelamin huduh mana pengantin tak sedih. Mujur baju pengantin warna putih
Quote Belibis 8-9-2022 03:34 PM
Ingatkan tema parti keAdilan rakyat..
Quote _blackbird 8-9-2022 03:38 PM
ada tirai2 tu kira 60% similar la. hihihi maybe mak hamdam tu igt minah ni bg sample gambar  dlm grayscale kot. ahahaha
Quote surih07 8-9-2022 03:41 PM
Sian pengantin org komen pelamin dah rupa stage forum perdana
Quote samperit 8-9-2022 03:47 PM
Belibis replied at 8-9-2022 03:34 PM
Ingatkan tema parti keAdilan rakyat..

Tinggal nak pacak bendera dkt luar je
Quote JunkMail 8-9-2022 03:49 PM
Dah 2 tahun berlalu dik...tak move on lagi ke?
Quote pekanwoohoo 8-9-2022 03:50 PM
Ingatkan majlis anugerah pelajar akhir tahun tadi.
Quote renko 8-9-2022 03:57 PM
da mcm kenduri kel
Quote epuepy 8-9-2022 04:34 PM
OK je bagi aku. Janji ada pelamin walaupun colourful.
Quote sukacactus 8-9-2022 04:37 PM
Setuju, buruk gila
Ntah mana directionnya
Semua warna ada
Quote pearl.silver 8-9-2022 04:39 PM
Ada org buat pelamin ni perasan kreatif. Boleh nampak kat gubahan bunga n hiasan yg buruk.
Quote vespa_oren 8-9-2022 04:39 PM
bgi aku paling penting makanan lain tu sampingan jer
mcm aku msjlis simple jer, tspi org puji makanan sampai ada tapau balik, hbs licin
abg aku majlis meriah betul, hbs majlis 2bekas nasi kne buang
Quote n3ar 8-9-2022 04:40 PM
saman jer... biar buat apa.....
Quote che-cikL 8-9-2022 04:45 PM
Simpati sebab tak dpt macam dia order. Tapi, pendapat iols, mujur ada color2 tu, sebab baju pengantin tu putih. Kalau jadi yg pelamin putih (ada light grey sikit2) tu, mana nak menyerlah pengantinnya.
Quote toynme 8-9-2022 04:47 PM
kelako dia ckp pasal daun depan pelamin tu...dah mcm rumput kubur
Quote mesmerize 8-9-2022 04:48 PM
tapi kalau pergi kenduri kawen kat kampung2 n pekan2 kecik mmg gini la warna pelamin n hiasannya colorful n striking ..
tapi kehendak pengantin nak semua warna putih tak sesuai la.. kalau bakground warna putih ok tapi hiasan bunga warna muda & pastel la.. apa kejadah semua nak putih dah macam persandingan bertema alam barzakh je.
Quote imanjannah 8-9-2022 04:49 PM
huhu...buruk sungguh pun pelaminnya.
Quote CariMalay 8-9-2022 04:50 PM
Asal kau tak saman je

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042436 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top