CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tiada Penjara VIP, Hanya Tilam Nipis Dan Selimut, Makanan Pun Semua Sama Je'

8-9-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2568| Komen: 26

Bekas Majistret, Mohd Firdaus Ramlan mengakui tidak ada sebarang fasiliti khas seperti bilik tahanan atau penjara orang kenamaan (VIP) yang disediakan dalam penjara untuk golongan banduan termasuk pesalah rasuah.


Mohd Firdaus yang merupakan bekas banduan atas kesalahan rasuah di Penjara Kajang berkata, konsep di dalam penjara adalah semua banduan akan dilayan seperti biasa sama ada dari segi penjagaan serta pemakanan.


Mohd Firdaus dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Jatuh Pemimpin Kerana Korupsi disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Rabu.

Katanya, ketika dipenjarakan, dia hanya diasingkan selama 14 hari yang pertama sebelum bercampur dengan banduan-banduan lain.


“Hanya ada satu tilam nipis dan dibekalkan dengan selimut. Dari segi makanan pula, semua sama.

“Sebab dimasak di dewan makan penjara yang sama oleh banduan yang terpilih untuk bekerja di dapur,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk Jatuh Pemimpin Kerana Korupsi disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian, pada Rabu.

Program itu turut menampilkan peguam, Fahmi Abd Moin; Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Razak Idris manakala Hazlin Hussain bertindak selaku moderator.

Menceritakan mengenai pengalaman rasuah dihadapinya, Mohd Firdaus berkata, perbuatan itu dibahagikan kepada empat fasa iaitu permulaan, perkembangan, perubahan dan pencapaian.

Menurutnya, fasa pertamanya merupakan proses suai kenal, dia dipuji sebagai permulaan dan beralih ke fasa kedua.

“Fasa perkembangan ini pula adalah fasa dia boleh berbincang dengan saya contohnya ‘jika tuan boleh bantu meringankan hukuman, saya akan beri (suapan) sebanyak ini’.

“Suapan yang diberikan itu adalah fokus dalam fasa perkembangan. Dari fasa itu, akan melalui fasa perubahan iaitu berubah daripada tidak kenal saya kepada kenal.

“Berubah daripada tidak berbincang secara terbuka kepada berbincang kepada terbuka,” ujarnya.

Katanya, apabila memasuki fasa perubahan pula, konteks suapan diberikan itu akan berubah iaitu daripada berfokus kepada membina reputasi antara penerima dan pemberi rasuah.

“Kemudian bila masuk fasa pencapaian, kita sudah tidak nampak bahawa rasuah itu menjadi satu salah sehingga kita menganggap itu satu amalan yang biasa.

“Kalau kita tahu dan kita tidak ambil apa-apa tindakan, kita boleh digolongkan sebagai ‘supportive corruptor’ (penyokong golongan korupsi),” katanya.

Mohd Firdaus dipenjarakan pada tahun 2010 atas dua kesalahan mengikut seksyen 16 dan seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selama setahun tujuh bulan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 8-9-2022 12:44 PM
netijen kata, dengar boleh, percaya jangan

selagi diorang tak nampak kepala najib & rosmah belakang jeriji besi, selagi tu diorang demand keadilan, gituu netizen sekarang, very meticulous
Quote kakikuDibibirmu 8-9-2022 12:47 PM
Sorang lagi kambing hitam
Quote shark 8-9-2022 12:52 PM
tanpa bukti terjah live video sampai pru lah isu ni akan digoreng
Quote Nurdianah 8-9-2022 01:11 PM

Quote mesmerize 8-9-2022 01:46 PM
kesiannya.. tilam ai tido pun agaknya lagi tebal dari tilam ex perdana menteri..
siap ada mattress topper lagi nak bagi lagi rasa empuk n tido lena..
bertabah la tok jib.. lama juga tu 12 tahun . .cakap suruh bertabah mmg senang .. berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Quote SWORKS27 8-9-2022 02:06 PM
aku tak kisah pun, mcna keadaan penjara jibi...tapi bg aku, biarlah jibi spesel dari banduan lain....asalkan jibi menjalani hukuman..
nak puas hati netijen..letak je cctv bg netijenah tgk..
Quote nikaido 8-9-2022 02:12 PM
brader ni vvvvvvvvvvvvip macam najib ke? najib masa sebelum masuk penjara still ada polis iring, siap boleh lepak dgn jagong walau dah jatuh bersalah
Quote noorhairiahma 8-9-2022 02:21 PM
iyalah tu
Quote cm_vungtau 8-9-2022 02:50 PM
Sian pokjib. Di akhir2 usia ini pengakhirannya.
Quote toynme 8-9-2022 02:53 PM
cm_vungtau replied at 8-9-2022 02:50 PM
Sian pokjib. Di akhir2 usia ini pengakhirannya.

haha jgn nak kesian la...masa dia buat tak ingat hari tua kan....sembang kat tv dia terpaling top....tapi mmg tak sangka mcm ni kesudahannya...iols still tak percaya
Quote Ninani 8-9-2022 02:54 PM
Edited by Ninani at 8-9-2022 03:11 PM

Majistret memanglah tak layak dapat layanan VIP. Mana sama level ko dengan bekas PM. Adoi....Pergilah interview Bang Non ke....barulah sama level  
Quote sangbara2020 8-9-2022 03:00 PM
xde video kehidupan jibun dlm penjara iolls xpurcayaaaa
Quote missyL 8-9-2022 03:01 PM
Hahahahaha hahahaha hahahahahaha
Jela mampu
Quote CiliPadiSedap 8-9-2022 03:11 PM
bohong je tilap nipis, mana ada tilam nipis. toto narita pun sekarang tebal
Quote CiliPadiSedap 8-9-2022 03:12 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-9-2022 12:47 PM
Sorang lagi kambing hitam {:m ...

mungkin sebab tilam nipis ada gejala sakit usus
Quote becir 8-9-2022 03:21 PM
Baca jela ceta bangnon tu. Dia pun dapat sepciap treatment gak..keje nya keluar masuk hospital tak berenti..last few months before pardoned, dia mmg duduk dlm ward tak keluar2..
Quote kemaruk 8-9-2022 03:22 PM
Jiiibbbb

Mana mh370 jiiiibbb
Quote s@s@ 8-9-2022 03:28 PM
bang non dulu pun tilam nipis, sampai sakit belakang.
Quote mizruncing 8-9-2022 04:02 PM
yelah tu. mcm netizen tak penah tgk bilik bangnon dulu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.116984 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top