CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Nafsu Ghairah, Pelajar Menangis Depan Doktor Disahkan HIV Positif Pada Usia 21 Tahun

8-9-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4417| Komen: 55

Didiagnosis dengan virus yang sangat berbahaya pada usia yang cukup muda, pemuda ini mengakui dia pernah berada di fasa paling rapuh dalam hidupnya.

Hanya mahu dikenali sebagai Nick, pemuda ini berkata dia didiagnosis menghidap Human Immunodeficiency Virus atau dikenali sebagai HIV, dua tahun lalu, ketika berusia 21 tahun.

Dua tahun menyimpan 'rahsia' terbesar dalam hidupnya, Nick yang kini sudah berstatus Undetectable Viral Loads (UVL) untuk ujian darahnya, mengambil keputusan untuk berkongsi kisah sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (PLHIV) agar dijadikan pengajaran buat individu lain supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Gambar Hiasan

"Kalau boleh diputarkan waktu, saya sendiri tak nak dijangkiti penyakit ini. Tapi apakan daya, siapa saya nak menidakkan ketentuan Ilahi dan saya percaya mungkin ada hikmah di sebalik semua ini," katanya kepada mStar.

Berkongsi lebih lanjut bagaimana dia menyedari dijangkiti virus tersebut, Nick berkata dia pada mulanya mengalami demam pada Disember 2019 sebelum ia berterusan untuk beberapa ketika.

Memikirkan ia demam biasa, Nick mengambil pendekatan untuk tidak mendapatkan rawatan sebaliknya hanya mengambil ubat demam yang dibeli dari farmasi.

Disebabkan badan terlalu menggigil kesejukan sehingga menyukarkannya menjawab peperiksaan, Nick akhirnya akur dimasukkan ke hospital selama tiga hari sebelum meminta kebenaran untuk keluar kerana masih mempunyai baki kertas peperiksaan yang perlu dijawab.



"Masuk bab bagaimana saya tahu saya ada penyakit ini... masa awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu lockdown dan waktu itu saya terperangkap dalam kampus lebih kurang tiga bulan.

"Nak dijadikan cerita, satu hari pihak kampus adakan program derma darah. Sebetulnya saya memang tak nak pun, tapi seorang rakan sebilik asyik ajak join derma sekali. Dengan berat hati saya pun pergi," kongsi pemuda berusia 23 tahun ini.

Pada Mei 2020, ketika sedang tidur, Nick berkata dia dikejutkan dengan satu panggilan dari pihak Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung status darahnya dan memintanya untuk ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Saya pun pergi HPP re-check. Selepas seminggu, mereka minta datang ambil keputusan ujian darah. Saya pergi dan diminta masuk bilik consultation. Dan doktor beritahu saya positif HIV.

"Saya tak menangis waktu itu tapi terpinga-pinga. Dalam otak fikir banyak perkara, fikir apa yang akan berlaku masa depan. Selepas tersedar ia benar, terus mata berkaca dan menangis depan doktor. Saya rasa hidup dah gelap," kongsinya.

Tambahnya, dia enggan menyalahkan mana-mana pihak meskipun buntu bagaimana dirinya boleh dijangkiti.

"Apabila difikirkan balik, mungkin dalam keghairahan nafsu buat kita tak sedar akan keselamatan diri sendiri," ulasnya ringkas.

Mendapat sokongan moral daripada abang angkatnya, Nick bangkit daripada kesedihan dan tekad mahu memulakan rawatan Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) pada Ogos 2020.

Dua tahun menjalani rawatan secara konsisten, Nick kini sudah berstatus Undetectable Viral Loads (UVL).

Tidak menyangka perkongsiannya di laman Twitter menjadi tular, pemuda ini turut menitipkan pesanan terutamanya kepada golongan remaja agar menjauhi gaya hidup yang tidak sihat.

"Kepada semua golongan remaja, sentiasa beringatlah, sentiasa amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan jauhi perbuatan seks bebas.

"Di usia muda memang kita akan rasa terlalu teruja tapi jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah. Kita tak dapat nak putarkan waktu untuk mengubah apa-apa.

"Kepada rakan-rakan yang baru didiagnos penyakit ini, ingatlah HIV bukan satu pengakhiran dalam hidup kita. Teruskan mendapatkan rawatan. Ramai doktor dan nurse yang sudi memberikan sokongan dan bantuan untuk golongan seperti kita.

"Dan yang paling penting jangan pernah sesekali skip untuk mengambil ubat HAART kerana ubat ini mampu memberikan bantuan untuk kita menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain," akhirinya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 8-9-2022 12:50 PM
HIV ada, Monkeypox ada

tapi golongan LGBT tetap akan buat juga, with and without protection

masa sedap, tak ingat dunia
bila dah positive, "Ketentuan Ilahi", katanya
Ketentuan Ilahi kata benda tu haram, ada sebabnya, bukan saja-saja
dah nama pun manusia, bertuhankan nafsu, berkiblatkan dunia
dah kenapa semua hujung macam pantun seloka
aku akhiri dengan sepatah dua kata

dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang
kucing aku berak atas karpet, kencing kat selipar
tiga-tiga kucing aku panggil babi

sekian, sekain
Quote prettyuglybabe 8-9-2022 01:00 PM
kiranya beliau gay ye?
or melanggan cikcur?
Quote caprut 8-9-2022 01:01 PM
prettyuglybabe replied at 8-9-2022 01:00 PM
kiranya beliau gay ye?
or melanggan cikcur?

Gay la tu. Kbyakan gay kena hiv ni kejap je insaf. badan da okay skit x hbes2 minta ngesex alasan dah tk boleh menjangkiti
Quote monreyes 8-9-2022 01:09 PM
dah main montot ketentuan ilahi paler hotak kau lah
Quote Nurdianah 8-9-2022 01:17 PM

Quote prettyuglybabe 8-9-2022 01:21 PM
caprut replied at 8-9-2022 01:01 PM
Gay la tu. Kbyakan gay kena hiv ni kejap je insaf. badan da okay skit x hbes2 minta ngesex alasan  ...

ewww.. serious la..
tapi ye la kan.. dah selera ke jantan..
mana naknya berubah ke perempuan pulak..
Quote cm_vungtau 8-9-2022 01:22 PM
Dia cakap sebab derma darah. Betul ke?
Quote lattehazelnut 8-9-2022 01:34 PM
cm_vungtau replied at 8-9-2022 01:22 PM
Dia cakap sebab derma darah. Betul ke?

Baca la artikel dik oi..
Quote ResellerMaxis 8-9-2022 01:36 PM
cm_vungtau replied at 8-9-2022 01:22 PM
Dia cakap sebab derma darah. Betul ke?

Dia derma darah.

Pastu pusat darah call dia suruh dia pergi check sebab dia orang detect hiv. Tapi nak confirm kena pergi hospital check.
Quote HasfyAbd 8-9-2022 01:40 PM
itulah masa buat tak ingat semuanya ni! dah cam ni baru nk menyesal, menangis bagai!...tkpe selagi pintu taubat masih terbuka..taubat & insaflah.
Quote pearl.silver 8-9-2022 01:43 PM
So abg angkat xpi cek sekali ke
Lenkali cerita detail sikit. Ko xgi sound ke org yg jangkiti ko
Quote Lavender85 8-9-2022 01:48 PM
ada kawasan rumah meninggal muda sbb hiv .. mayat bungkus dgn plastik.. mmg meninggal hiv tanam jenazah bungkus plastik ye?
Quote caprut 8-9-2022 01:48 PM
prettyuglybabe replied at 8-9-2022 01:21 PM
ewww.. serious la..
tapi ye la kan.. dah selera ke jantan..
mana naknya berubah ke perempuan pulak ...

Kat twitter tu besepah gayboi hiv positif bogel2 nk mnta kena servis. Aku ada je kawan 2 3 org yg ada HIV awal2 je sedih. Da sihat, tk hbes2 minta kote
Quote botol_tritan 8-9-2022 01:52 PM
cm_vungtau replied at 8-9-2022 01:22 PM
Dia cakap sebab derma darah. Betul ke?

I pun mula2 baca ingat macamtu jugak. Lepas baca kat thread twitter baru faham. Dia x cakap directly sebab apa (tapi boleh agak la kan). Dia dapat tahu lepas dia derma darah. Dia berat hati nak derma, tapi kawan dia ajak. Lepas derma darah, HPP call sebab diorg detect ada x kena dgn darah dia. Dari situ la dia tahu yg dia ada HIV. So kiranya, derma darah tu yg menyebabkan dia tahu yg dia ada HIV. Kat article kurang faham sgt, sebab ambil ayat sikit2.
Quote sharlenetexas 8-9-2022 01:55 PM
Straight ke gayah?

Quote dua_chzy 8-9-2022 01:56 PM
Padan muka kau kata akak tanpa empati.
Quote dewimalam78 8-9-2022 01:59 PM
Bila baca sokongan dr abang angkat, lps tu bagi hint pasal gaya hidup sihat dan elak seks bebas terus ai boleh agak dia ni gay.
Quote black_handbag 8-9-2022 02:22 PM
so kesimpulannya, hiv ni boleh sembuh ke?
Quote Prickford 8-9-2022 02:24 PM
Gegayah la ni. Ada abang angkat utk cerita semua.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.107804 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top