Tak habis-habis Baby Shima dikecam dan baru-baru ini dia menjadi perhatian lagi selepas memuat naik video di Instagram.
Baby Shima didakwa memakai pakaian mencolok mata ketika berada di sebuah studio yang terletak di Jakarta. Dalam rakaman tersebut, penyanyi ini gembira apabila disambut oleh seorang individu dipercayai ‘orang kuat’ bagi syarikat rakaman dinaunginya. “Ampun…. makasih banyak @nagaswaraofficial udah sambut Shima pulang,” kata penyanyi berusia 30 tahun itu. Bagaimanapun, penampilan Baby Shima yang mengenakan t-shirt putih serta berseluar seperti legging krim itu menerima teguran beberapa peminatnya kerana dilihat sangat ketat.
|
ADVERTISEMENT