CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

54 Kali Meghan Markle Angkat Bakul Puji Diri Sendiri Ketika Berucap Tentang Kesetaraan Wanita

8-9-2022 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5167| Komen: 18

The Duchess of Sussex, Meghan Markle buat pertama kalinya melakukan sesi perkongsian pada sidang kemuncak One Young World yang berlangsung di Bridgewater Hall  di Manchester baru baru ini.


Markle, 41, bercakap di hadapan lebih dua ribu  tetamu yang hadir untuk membincangkan isu hak atau kesetaraan wanita dalam semua bidang di dunia.


Foto: Page Six

Sayangnya, berbanding menekankan bagaimana kuasa atau kesetaraan wanita boleh memberi lebih impak dan berdaya saing, beliau dikatakan lebih banyak ‘mengangkat’ atau memuji diri sendiri.

Dalam tempoh ucapan selama tujuh minit, Markle didakwa telah memuji dirinya sendiri sebanyak 54 kali!


Beliau antaranya bercerita mengenai perubahan diri selepas menjadi ibu dan melahirkan puteranya bersama Putera Harry, Archie.

Mantan pelakon itu juga dilihat cuba meletakkan dirinya sebagai contoh kepada wanita muda pada masa kini.

“Saya mungkin sama seperti anda semua, pernah muda dan sangat bercita cita tinggi,” katanya.

Markle juga bercerita mengenai transisi dirinya sebagai pelakon dari naskhah The Suits sehingga hidupnya berubah secara dramatik pada tahun 2019 dan kini menjadi The Duchess of Sussex. Beliau cuba mengaitkan tentang perjalanan dirinya dengan kesetaraan wanita.

Semua ucapan dan pengalaman tersebut dikongsikan bukan sahaja dalam kalangan deligasi muda dari 190 negara, tetapi turut diikuti oleh ramai pesohor dan figura terkenal dunia termasuk pemimpin negara dan aktivis.

Meski perkongsiannya bersifat jujur dan terdapat anekdot yang memberi inspirasi, namun pengkritik mengatakan semua yang diperkatakan oleh Markle sebagai tidak langsung berkaitan dengan isu kesetaraan wanita.

Malah penganalisis Diraja menyifatkan ucapan wanita itu sebagai banyak kekurangan dan tidak sama sekali memberi perkongsian bermanfaat yang boleh dipraktikkan atau menggali potensi diri seorang wanita untuk menjadi setara kaum lelaki.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blakerainer 8-9-2022 11:14 AM
Kuat berangan jenglot ni
Quote Harley_Quinn 8-9-2022 12:24 PM
Bkn dah x blh guna title Duchess of Sussex ke since dah kluar dr royal family?
Quote nurul_akmar 8-9-2022 12:24 PM
xde sape ke tlg dia buat teks?
ke contoh teks kena slash ngan dia..
Quote gangerina 8-9-2022 04:23 PM
stick to acting je la mek meghan...baca script je kan senang...
Quote Farnor 8-9-2022 05:23 PM
Stupidess on your shoe jenglot..perasan jer lebih.
Quote TabletSusu 9-9-2022 11:34 PM
aku tgk dia ni.. cara dia mcmkan dia pulak dr keturunan di raja
Quote delia3003 9-9-2022 11:46 PM
Edited by delia3003 at 9-9-2022 11:53 PM

Ramai je yang trolling minah ni bagi gelaran me...me...meagain sebab suka twist jadi 'it's all about me' setiap kali sesi membazir liur

Apa je kelayakan/pencapaian dia yang boleh jadi inspirasi kepada orang lain terutama generasi muda? Kerjaya sebagai pelakon sebelum ni pun sendurina je, ramai yang tak tau pasal kewujudan dia. Famous pun lepas kawen dengan hery.
Quote Timortimur 10-9-2022 06:29 AM
Harley_Quinn replied at 8-9-2022 12:24 PM
Bkn dah x blh guna title Duchess of Sussex ke since dah kluar dr royal family?

Duchess boleh rsnya cuma HRH tak boleh
Seronok lah tu bila anak2 dia dpt titles prince dan princess
Quote epal_putih 10-9-2022 01:50 PM
dia ni time belakon cantik jerrr
Quote 234126 11-9-2022 09:18 PM
Tak dapat title. Queen dah maktub dlm her warta hanya yang direct line heir je dapat. And dah announce perutusan baru update gelaran will and kate dan anak-anak, nama archie tetap master dan lily masih miss
Quote fizamn 12-9-2022 09:40 AM
ini betul betul istilah kaduk naik junjung...  hehehe..
Quote Harley_Quinn 14-9-2022 01:26 PM
Timortimur replied at 10-9-2022 06:29 AM
Duchess boleh rsnya cuma HRH tak boleh
Seronok lah tu bila anak2 dia dpt titles prince dan princes ...

Ohoo sbb hr tu bria kata nk cut ties apa smua.
Tp masih merempan psl kisah istana.

Quote oreocheesekek 14-9-2022 02:00 PM
cehhh jd duch*ss pun sbb kawen dgn lelaki yg dilahirkan as royal, mende yg power sgt

sapela yg bengap jemput die ni bg speech
Quote Zaien 14-9-2022 03:17 PM
jenglotttttttttttttttttttttttttt
Quote greantea 17-9-2022 10:17 PM
Mesti y dgr meluat gila, rolling eyes je kan.
Perasan sgt dia ni
Quote sharlenetexas 20-9-2022 11:33 PM
Mantan pelakon itu juga dilihat cuba meletakkan dirinya sebagai contoh kepada wanita muda pada masa kini.



Quote BillieEilish 24-9-2022 11:54 PM
blakerainer replied at 8-9-2022 11:14 AM
Kuat berangan jenglot ni

Sangat ????
Quote BillieEilish 24-9-2022 11:55 PM
Zaien replied at 14-9-2022 03:17 PM
jenglotttttttttttttttttttttttttt

Berangan lebih

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047469 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top