CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lemas Ketika Mandi Sungai Disyaki Tersepit Celah Batu

8-9-2022 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 696| Komen: 0

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui lemas disyaki tersepit di celah batu ketika mandi sungai di Kampung Pasir Puteh, di sini, pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang memaklumkan mengenai insiden itu pada jam 4.55 petang.


Keadaan lokasi kejadian di Kampung Pasir Puteh, pada Rabu. - Foto Sinar Harian

"Wanita berusia 34 tahun itu menerima pesakit seorang kanak-kanak perempuan yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan muka kebiruan ke Klinik Kesihatan Kalumpang.


"Pengadu dimaklumkan ibu bapa mangsa, anaknya tersepit di celah batu semasa mandi di sungai," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Suffian berkata, orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan pernafasan, namun gagal.

"Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah lemas di sungai yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter.

"Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati kanak-kanak tersebut meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat telah dijalankan oleh pihak Hospital Kuala Kubu Bharu dan mendapati punca kematian adalah lemas (drowing).

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Suffian berkata, orang ramai perlu sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti riadah di pusat rekreasi terutama pada musim hujan. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.169449 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top