Seorang lelaki melarikan diri dan meninggalkan pengantin perempuan ketika majlis perkahwinannya selepas ternampak kelibat isteri pertama.
Dalam kejadian di Hyderabad, India, lelaki bernama Syed Nazeer sedang meraikan perkahwinan keduanya sebelum terlihat isteri pertama tiba di kaunter penyambut tetamu bersama polis. Difahamkan, Syed tidak memaklumkan isteri pertamanya, Dr Sana Samreen mengenai perkahwinan keduanya itu, lapor India.com. Sebaik melihat Sana hadir bersama pegawai polis, lelaki itu panik dan melarikan diri melalui pintu masuk belakang.
"Adik saya berkahwin dengan Syed sejurus selepas lelaki itu pulang dari New Zealand pada 2019. Semasa tempoh penutupan akibat Covid-19, dia terperangkap di sini, dan kami yang menanggung perbelanjaannya. "Bagaimanapun, dia menuntut Rs 15 lakh (RM84,774) dari keluarga kami dan kami tak mampu. Dia kemudian mula menjauhkan diri daripada adik saya," kata abang Dr Sana, Abdul Waheed. Polis bagaimanapun tidak mempunyai petunjuk mengenai keberadaan Syed. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT