CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Kudung Kaki Maut Digilis Lori Lepas Jatuh Motosikal

8-9-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 782| Komen: 0

Wanita warga emas maut selepas terjatuh daripada motosikal diboncengnya sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam dekat sini, pada Rabu.


Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa, 66, yang beralamat di Simpang Renggam meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan kejadian berdekatan kawasan Parit Hamid itu pada jam 11 pagi.


Sinar Harian

"Siasatan mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah sama iaitu dari Ayer Hitam menuju Batu Pahat.


"Semasa membonceng, mangsa telah terjatuh di atas bahu jalan sebelum dirempuh lori yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.

"Wanita itu terjatuh dipercayai selepas hilang imbangan kerana sebelah kakinya kudung," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, bagaimanapun suami wanita tersebut yang berusia 64 tahun iaitu penunggang motosikal tersebut serta pemandu lori berkenaan terselamat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.027247 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top