CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Iran Jatuh Hukuman Mati Terhadap Aktivis LGBT

8-9-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1171| Komen: 4

Dua termasuk aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dijatuhi hukuman mati di Iran selepas didapati bersalah terbabit kes pemerdagangan manusia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.


Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) pada awal tahun ini menyifatkan Zahra Sedighi-Hamadani sebagai individu yang tidak mematuhi jantina. 

Dia merupakan aktivis LGBT yang ditahan pihak berkuasa kerana orientasi seksual dan identiti jantina serta beberapa catatan media sosial dan kenyataan yang mempertahankan hak golongan tersebut.


CNN

Tertuduh berikutnya, Elham Chobdar juga didakwa dan disabitkan sebahagian daripada kes yang sama dan dijatuhi hukuman mati, lapor media negara Iran.


Kedua-dua mereka dituduh memerdagangkan wanita muda di Wilayah Azerbaijan Barat dan beberapa bahagian lain yang tidak dinamakan di negara itu, demikian menurut laporan agensi berita IRNA.

AI yang terkejut dengan hukuman itu menggesa pihak berkuasa Iran untuk membatalkan sabitan dan hukuman mati serta membebaskan Sedighi-Hamadani serta Chobdar. Rayuan bagi hukuman itu dilakukan di Mahkamah Agung Iran.

Sedighi-Hamadani atau Sareh ditahan kali pertama pada Oktober 2021 di Erbil, Iraq berhubung penampilannya dalam dokumentari Badan Penyiaran British (BBC) dengan bercakap mengenai penindasan komuniti LGBT di rantau itu.

Bagaimanapun, dia yang tidak serik selepas dibebaskan cuba menyeberang ke Turkiye dari Iran untuk mendapatkan suaka. 


The Independent

November lalu, Pertubuhan Perisikan Pengawal Resolusi berkata, seorang ‘pemimpin’ pemerdagangan manusia ditangkap setelah terlibat dalam penyeludupan gadis dan wanita Iran ke negara jiran dan memperdaya mereka kepada kumpulan homoseksual di bawah ‘perlindungan agensi perisikan asing’.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Sedighi-Hamadani dan menyebut dakwaan tersebut adalah ‘palsu dan tidak berasas’.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 8-9-2022 02:27 PM
terlibat jenayah yang boleh dihukum mati, maka kena hukumlah.
Quote zorrro_03 12-9-2022 01:57 PM
bagus laa syia hukum spt ni kpd pelaku kaum luth...  
Quote silencekiller 12-9-2022 02:58 PM
awat depa laksanakan hukuman mati sebab kesalahan lagu ni? dia bukan curi duit rakyat?? ..

Di malaysia, kaki liwat ka kaki china doll kaa bakal diangkat jadi PM Tepi.. rilex jaa.. bekas anak buah dia siap jadi menteri laa ni.... patot syiah iran tiru laa Malaysia di mana kaki 2 alam kaa kaki pintu belakang kaa diangkat kaa diberi peluang kaa jadi pemimpin ..
Quote sharlenetexas 12-9-2022 03:00 PM
Kuatnya vibe kakpeng. Gemuk gundu kepam.

Dah sheols memperdagangkan manusia, selayaknya dihukum.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057235 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top