CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bines Online Punca Lepasan SPM Malas Sambung Belajar?

8-9-2022 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1975| Komen: 32

Perniagaan secara dalam talian atau online dilihat menjadi salah satu punca pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) enggan menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.


Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Profesor Dr. Razli Che Razak berkata, hal ini kerana perniagaan online melibatkan pelbagai produk mampu membuatkan mereka menjadi  ‘kaya’ dalam masa yang singkat.


Gambar hiasan

“Mereka sebenarnya tidak sedar hakikatnya untuk mencapai ke arah itu, kita perlu ada ilmu dan UMK adalah satu-satunya universiti keusahawan yang membuka peluang yang luas kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan.


“Di UMK, kesemua sembilan fakulti memang diwajibkan untuk mengambil kursus keusahawanan dan pelajar yang mahu ‘kaya’ dalam masa singkat boleh datang ke UMK di mana, sambil belajar juga pelajar dapat menjadi ‘kaya’,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai lepas SPM yang enggan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi semasa ditemui pada sidang media Persidangan Serantau Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal kali ke-31 di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Razli memberitahu, pihaknya akan terus mengukuhkan kerjasama dengan  agensi swasta dalam usaha memperkasakan lagi graduan mereka pada masa hadapan.


Razli Che Razak (dua dari kanan) menerima cenderahati pada Persidangan Serantau Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal kali ke-31 di Kota Bharu, Kelantan. - FOTO/ROSMIZAN RESDI

Katanya, langkah ini bagi memastikan graduan UMK laris di pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

“Kita memberi galakan kepada pihak fakulti untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak swasta supaya graduan selari dengan silibus serta kurikulum pihak industri.

“Bantuan ini amat diperlukan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di UMK,” ujarnya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HasfyAbd 8-9-2022 11:07 AM
itu lah...budak2 skg lebih kejar duit dari ilmu...ada yg kata' baik dok depan hp/pc/laptop buat live + jualproduk, dpt gak duit dari dok ngadap buku sekolah'...eee tkleh hadam aku!
Quote wirazam 8-9-2022 11:08 AM
Oklah tu...at least diaorg berusaha utk bekerja ..bukan makan tido je..
Cuma parent kena bgtau pro and cons lah...kalau parent pun X kisah..camno tu
Quote ninja boy 8-9-2022 11:11 AM
Edited by ninja boy at 9-9-2022 09:34 AM

Graduate x diberi kerja setaraf, kerjaya yg byk kerja bangla punya kerja, majikan tamak, belajar math pengamiran kalkulus kejadah hujung2 waktu kerja x semua pakai, hujung2 pakai sofware auto kira, kerja lari bidang, jadi scammer  
Quote kakikuDibibirmu 8-9-2022 11:13 AM
Universiti Memang Kaya, universiti jah yang kaya-kaya, graduannya tak
Quote totokreturn. 8-9-2022 11:23 AM
cuba check sekarang ni total kos pinjaman untuk nak habiskan degree dekat IPTS especially uniten, MMU atau UTP, tak kurang dari 100k untuk 4 tahun pengajian

ko dah buat hutang 100k dgn ptptn, lepas tu grad gaji starting Rm1800
Quote Triple_8 8-9-2022 11:44 AM
ninja boy replied at 8-9-2022 11:11 AM
Graduate x diberi kerja setaraf, kerjaya yg byk kerja bangla punya kerja, majikan tamak, belajar mat ...

Ini betul. Sekarang masyarakat sudah tersedar dari mimpi makan gaji.
Quote pekanwoohoo 8-9-2022 11:59 AM
totokreturn. replied at 8-9-2022 11:23 AM
cuba check sekarang ni total kos pinjaman untuk nak habiskan degree dekat IPTS especially uniten, MM ...

Kalau takde duit jangan gatal masuk U swasta, senang je. Kena sedar diri kalau miskin takde duit, jangan buat kerja gila pinjam duit di luar kemampuan.
Quote Adrif 8-9-2022 12:38 PM
ninja boy replied at 8-9-2022 11:11 AM
Graduate x diberi kerja setaraf, kerjaya yg byk kerja bangla punya kerja, majikan tamak, belajar mat ...

betul.

kat area aku, majoriti budak lepasan sekolah pilih tak nak sambung belajar.
bila aku tanya, diorang kata akak abang diorang ada minimum diploma & degree. ada 2-3 budak je kata abang akak diorang ada master.
tapi kesudahnya semua, semua keje kedai dengan gaji minima, RM1500.

hutang PTPTN, hutang MARA semua kena bayar. tapi hidup kais pagi kais petang makan petang
tak boleh berdikari, terpaksa menumpang duduk dengan mak ayah hatta dah berumur. ramai yang tak mampu kahwin
nak beli kereta tak lepas. masing2 pakai motor. rumah apentah lagi, mimpi la.

budak-budak nak sambung belajar, diorang nak
tapi zaman macam ni, kemelesetan ekonomi memaksa budak2 untuk terus bekerja
untuk orang susah, sambung belajar di waktu sekarang ni ibarat perangkap hutang. PERANGKAP HUTANG
bukannya lesen untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, tapi lagi terjerumus dalam lembah kesusahan

salah siapa?
budak-budak sambung belajar, skill ada, boleh cakap 2-3 bahasa, English berhabuk no hal, kokorikulum tiptop, aktif, CGPA lawa, etc etc etc.
hujung-hujung dah keluar, takde kerja. mengemis hatta nak cari kerja gaji minimum pun.
alih-alih, media dan menteri hentam, graduan tak cukup skill

ini tak masuk lagi bab majikan mainkan gaji pekerja sampai orang lari berkali-kali
lepas tu kata generasi sekarang lembik. padahal diorang tu kalau ikutkan akta buruh, boleh kena saman, gulung tikar terus

tak, orang akan tetap salahkan budak2 ni, dengan pelbagai alasan bodoh diorang.
sekarang ni kolej dan universiti menggelabah takde customer/ aka students

rinse and repeat
ni semalam kat berita pun aku dah dengar benda yang menteri pernah buat 15 tahun lepas,
"Negara kita kekurangan pakar dalam bidang [isi tempat kosong dengan apa2 jenis pekerjaan]. Justeru itu, kita menggalakkan generasi muda untuk mempelopori bla bla bla bla..".
trick lama. nanti budak2 akan belajar bidang tu. dah keluar takde keja. hutaanngg. keja lari bidang

budak luar negara balik Malaysia pun takde kejaa. kalau ada pun, gaji ntah apa-apa
bila lari keja kat luar negara, orang pun bising tak kenang budi

ahh membebel lak aku

pendek kata, ni permainan lama untuk mengekalkan penduduk dalam kelas ekonomi menurut populasi
Quote Azharitubunga 8-9-2022 01:16 PM
Adrif replied at 8-9-2022 12:38 PM
betul.

kat area aku, majoriti budak lepasan sekolah pilih tak nak sambung belajar.

Aku sangat setuju dengan pendapat kau
Akhir jadi golongan b40 dengan hutang bertingkat2
Kalau kawin dan membiak akan dicerca tak sedar diri
Serba tak kena

Quote swimswim 8-9-2022 01:39 PM
Betul.. Mmg zmn skrg susah nk cari workforce muda2. Kalau ada jumpa pun main2 je keje sbb diorg ada online source of income
Quote plywood 8-9-2022 02:00 PM
wirazam replied at 8-9-2022 11:08 AM
Oklah tu...at least diaorg berusaha utk bekerja ..bukan makan tido je..
Cuma parent kena bgtau pro a ...

Setuju.


Ramai lagi yang nak belajar biarlah mereka belajar. Yang tak mau tu biarlah kerja.. ini tak ada isu. Yang jadi isu budak tak mau belajar tak mau kerja, atau pun institusi pengajian tak kiralah swasta atau awam, mengalami kekurangan pelajar maka mereka kena susah hatilah dah untung kurang


Quote hyie 8-9-2022 02:31 PM
lihat juga dari sudut majikan yang hanya tahu nak hasil terbaik namun kedekut untuk keluarkan bayaran gaji yang tinggi. Nak pekerja lulusan degree namun gaji spm. Alasan taknak ambil lulusan spm sebab kualiti kerja tak seperti diharapkan. Motif? ex-bos meols lah tu ujung2 meols berambus dan pergi upgrade diri sambung belajar. Lega hati ini
Quote aciksenah 8-9-2022 02:35 PM
Ada sesetengah orang...pandai belajar...ada sesetengah orang di beri kelebihan pandai meniaga. Asalkan pandai cari duit dan tak menyusahkan orang pun alhamdulillah. Tapi kalau boleh...sambung belajar sambil2 buat online...ilmu dapat..duit pun dapat.
Quote totokreturn. 8-9-2022 04:02 PM
pekanwoohoo replied at 8-9-2022 11:59 AM
Kalau takde duit jangan gatal masuk U swasta, senang je. Kena sedar diri kalau miskin takde duit,  ...

tapi ptptn dah offer
Quote Kitty_catz 8-9-2022 07:39 PM
terpulang la.. kut yg kata buat biz ni senang.. silakan..but meols rasa better ada basic accounting siket.. amek la dip in accounting ke haper.. then try berbisnis,. but jgn la direct lepas spm buat

meols pun dah 2,3 candidate meols itw yg but biz online 2-3 tahun  then kecundang..  tak reti beza lagi apa itu revenue/sales vs gross profit vs nett profit

last2 makan pakai tak cukup.. margin utk cover cost je +extra rm300-400.. hmm alahai dikkk
Quote Skuau 8-9-2022 07:47 PM
Edited by Skuau at 8-9-2022 07:50 PM
ninja boy replied at 8-9-2022 11:11 AM
Graduate x diberi kerja setaraf, kerjaya yg byk kerja bangla punya kerja, majikan tamak, belajar mat ...


hahaha...dpt bape kalkulus bro/sis???
Quote dua_chzy 8-9-2022 07:50 PM
Akak puji U akak dulu wajibkan stodens fakulti pendidikan ambik kursus2 berkaitan IT. Tengok2 sekarang banyak manfaatnya. Weols siap blaja buat animation segala mala dulu (yang sekarang, budak sekolah rendah dah blaja melalui subjek ASK hoccayyyy). Ada budak2 pendidikan tak reti hapa2 pasal ICT iyah. Kat U pun tak ambik kursus berkaitan ICT. Ujung2 struggle kat sekolah takat guna excel pun terkial2 gitoh.

Btw akak nak tekankan, ilmu yang kau dapat bila kau blaja tuh bukan setakat untuk carik kerja. Kau anggap la ianya investment huntok life long skill ko. Kot ye pon nak berbisnes, macam kata acik di atas ni, kau usahakan la blaja accounting ka asas perniagaan ka whatever la. Jangan jadik macam Zizan Semang sembang juta2 padehal kerja scam orang.


Quote Skuau 8-9-2022 07:50 PM
kalo depa ada dip,degree,master dalam 'tipu menipu@scammer'...aku rasa nak 'sekolah' balik...la.
Quote zehra2 8-9-2022 08:05 PM
aku yg cgu senior ni pun, amik peluang belajar benda yg kaitan dgn IT masa dah kerja.
zaman kita belajar dulu tk byk program yg memudahkan kerja kita.
belajar ni satu proses berterusan. sambil kerja kita explore kemahiran lain.
yg layak masuk U, teruskn. yg kurang tu baik masuk poly ke.. atau mana2 pusat kemahiran

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041196 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top