CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rugi RM11.26 Juta Bagasi Berisi Emas Dicuri Ketika Penerbangan

8-9-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 899| Komen: 4

Bagasi milik seorang tauke emas dari Pakistan yang mengandungi barangan berharga tersebut yang bernilai AS$2.5 juta (RM11.26 juta) dilaporkan dicuri semasa menaiki penerbangan dari Dubai ke Karachi, lapor laman berita Wion News kelmarin.


Menurut akhbar Express Tribune, Mohammad Moonis, kehilangan 1.5 kilogram (kg) emas semasa penerbangannya pada petang Ahad lalu.

Emas itu tidak ditemui walaupun kru penerbangan berusaha keras mencarinya sebaik sahaja pesawat mendarat di Karachi.


Gambar hiasan - Reuters

Mohammad mendakwa, semasa dalam perjalanan, 1.5 kg emas hilang dari beg pakaian yang ditempatkan di dalam kabin pesawat sebelum memaklumkan kepada kru kabin mengenainya. 


Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang (ASF) menggeledah sepenuhnya setiap penumpang selepas mendarat, namun gagal menemui emas-emas tersebut.

Mohammad sebelum itu telah mendedahkan kepada pegawai kastam berkenaan hasratnya untuk membawa emas ke Pakistan selain secara sah membawa balik barangan berharga itu. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 8-9-2022 10:24 AM
Mohammad sebelum itu telah mendedahkan kepada pegawai kastam berkenaan hasratnya untuk membawa emas ke Pakistan selain secara sah membawa balik barangan berharga itu.

dia dedahkan seblum naik flight ke atau selepas hilang?
kalau sebelum naik flight, org dalam la tu.. sbb mereka je tau... atau org terdekat dengan dia
Quote swimswim 8-9-2022 01:40 PM
Padan muka. Kaya pun bodoh
Quote asamfish 8-9-2022 02:14 PM
Cop! Cop!! Kat berita tu ckp emas yang hilang seberat 1.5kg.  Anggaran usd2.5mil.  Biar betik.  Emas 1g baru usd55.17.  Kalau betul hilang 1.5kg, baru usd82755.  Mana datangnya usd2.5mil
Quote kelana36 8-9-2022 03:07 PM
nurul_akmar replied at 8-9-2022 06:24 AM
Mohammad sebelum itu telah mendedahkan kepada pegawai kastam berkenaan hasratnya untuk membawa emas  ...

dia kena declare pada kastam semasa nak berlepas.
Dubai security check very strict, tak mungkin lepas kalau bawak emas sebesar tu tanpa declaration.


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.060809 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top