CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tong Cat Pula Jadi Inspirasi! Ada Yang Nak Beli Beg Tong Cat Louis Vuitton?

7-9-2022 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2277| Komen: 19

Dunia fesyen sentiasa berhadapan dengan evolusi dan seni yang tersendiri. 

Jika sebelum ini pemerhati dan peminat fesyen sempat mengkritik kehadiran Trash Pauch dari Balenciaga yang dijual dengan nilai sekitar RM8,000 pada Ogos lalu, nampaknya pada bulan yang sama, satu lagi jenama tersohor dunia, Louis Vuitton juga muncul dengan ‘karya seni’ tersendiri.




‘Karya seni’ dihasilkan mendiang Virgil Abloh yang meninggal dunia pada Disember 2021 tersebut diinspirasikan daripada tong cat!

Merupakan hasil terakhir mendiang,  koleksi Fall/Winter 2022 itu diberi nama Paint Can Bag. Edisi Paint Can Bag ini juga boleh dimiliki dalam warna biru, ungu dan dimulai dengan warna jingga (orange) dalam seleksi enam warna.


Berbanding beg seperti luggage atau tas tangan yang lebih bersifat elegan dan ‘LV’, Paint Can Bag ini dihasilkan dalam nuansa lebih playful atau nakal.

Menerusi laman web rasmi jenama LV, edisi beg tersebut dijual dengan harga sekitar RM12, 791.

Ia boleh memuatkan dua buah telefon bimbit dan beberapa barangan peribadi dalam saiz kecil.

‘Kelahiran’ edisi Paint Can Bag ini menimbulkan beragam pendapat. Ada yang teruja kerana ia kelihatan kreatif dan mencolok mata dengan warna ‘menjerit’, tetapi tidak kurang yang mengkritik.



Buat para pengkritik, mereka beranggapan sebuah ‘tong cat’ tidak sepatutnya dijual dengan harga mencecah RM12,000.

Sebelum ini Abloh juga pernah melancarkan edisi beg LV yang diber nama Louis Vuitton Airplane Bag dengan reka bentuk sama seperti sebuah pesawat atau kapal terbang.

Ia dijual dengan harga mencecah RM175,000 dan salah seorang pemilik beg tersebut adalah bintang sensasi,  Chris Brown.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 7-9-2022 05:17 PM
Lama kelamaan reka bentuk barang2 mewah ni akan berinspirasikan barang-barang harian seperti tudung saji dan sebagainya
Quote sharlenetexas 7-9-2022 05:18 PM
Lepak ni inspirasi tong taik pencacai?

Quote selipar_hijau 7-9-2022 07:03 PM
Pasni mungkin inspirasi dari sektor pertanian pula seperti cangkul, alat penyembur racun, penyabit, guni baja
Quote dani-rox 7-9-2022 07:04 PM
esok2 papadafi jumpa pemimpin luar pakai beg nih
Quote lurve82 7-9-2022 07:14 PM
Ermmmm. Nak cari la kek london
Quote ElmoRed 7-9-2022 07:24 PM
Homeless chic
Quote mamajawie 7-9-2022 07:43 PM
Balenciaga wat slipar inspirasi dari botol air plak..aku rasa jenama2 luxury ni nak mnganjing golongan papa kedana agaknya..
Quote samperit 7-9-2022 08:16 PM
Kalau deorg buat beg inspired by plastic sampah itam tu pun org tetap akan beli
Quote kotakominami 7-9-2022 08:32 PM
Kat blakang rumah banyak tong Jotun....tp mak saya buat tanam daun kunyit....tak sangka boleh buat beg ye
Quote missyL 7-9-2022 09:00 PM
At this point i rase brand name cm lv balenciaga chanel ni mcm experiment je ngn customer dieorg
How stupid can we make our design yet ppl will still buy it
Quote supernaturalee 7-9-2022 09:30 PM
missyL replied at 7-9-2022 09:00 PM
At this point i rase brand name cm lv balenciaga chanel ni mcm experiment je ngn customer dieorg
How ...

Yup
I think so too
Quote borrow 7-9-2022 09:34 PM
skali imbas mcm bawa tin kutip derma. Ntahlah rasa fun plak idea pelik2 camni kikiki.
Quote Nnoor2 7-9-2022 10:21 PM
Org2 yg gila brand ni, bentuk tahi pun depa akan beli asalkan ada nama...brand mahal...org2 ni sejenis mangsa jenama mahal...
Quote tumpanglalu74 7-9-2022 10:29 PM
Selagi ade orang bodoh selagi tu la brand ni laku..
Quote missyL 7-9-2022 11:11 PM
supernaturalee replied at 7-9-2022 09:30 PM
Yup
I think so too

Pay for the brand name je

Yg btol2 kaya x hadap pn
Yg nk nmpk kaya je hadap
Quote uori 8-9-2022 12:44 AM
dani-rox replied at 7-9-2022 07:04 PM
esok2 papadafi jumpa pemimpin luar pakai beg nih

ko jangan, kata2 tu doa tau
Quote mawarika 8-9-2022 12:55 AM
Ni semua nafsu semata.. bila mana hati nak sgt beli lv.. i akan ckp sendiri depan cermin.. hoi bodo.. dari ko beli lv baik ko pegi habib. Ko ada anak.. bag tu akan buruk tp emas tidak. Tiber tersedar dr kebodohan kejap.
Quote Dwdrum 8-9-2022 06:32 AM
Target market LV bukan acik acik tetapi untuk youngsters....
Quote Harley_Quinn 8-9-2022 01:37 PM
Warna Menjerit? Ermm google translate ke?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043688 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top