CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan

7-9-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7055| Komen: 117|Original author: YgBenar

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan, namun masih diwajibkan bagi individu bergejala dan disahkan positif Covid-19.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang berkata, ia akan berkuat kuasa serta-merta.


Foto: Harian Metro

"Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan.

"Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI 2022 di sini, hari ini.


Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi kes positif Covid-19.

Selain itu, katanya, pemakaian juga diwajibkan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang, bas, van pekerja dan van sekolah serta berada di fasiliti kesihatan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadat.

"Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema, individu berisiko tinggi seperti warga emas, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung serta melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi," katanya.

Bermula 1 Mei lalu, KKM mengumumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka, namun pelitup muka masih wajib dipakai apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.

Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka adalah berdasarkan peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 7-9-2022 04:46 PM
For own safety precautions, better pakai lah. I pergi bercuti ke utara balik2 kena covid. Ingatkan sakit badan sbb lama sangkut dlm jammed. Variant baru lain machiam.
Quote prettyuglybabe 7-9-2022 04:51 PM
ada orang kata now sapa kena covid pun tak payah kuarantin cuma kena pakai mask sentiasa..
betul ke?
Quote hotmak 7-9-2022 04:52 PM
pakai atau tak bergantung tempat kita pergi juga, klu kata kedai, mall atau bank wajib pakai, tetap kena pakai
Quote clarizsa 7-9-2022 04:55 PM
Mmm baru nak Yeayyy tapi baca plak yg kata pemilik premis ada hak paksa pakai plak pfftttt
Tak bebas memilih lagi la sebenarnya hmmmm
Ye la apa3 je lah
Quote noorhairiahma 7-9-2022 04:55 PM
Ha, senang sikit. i memang pakai tapi kadang tu lemas dan rimas bila mana spek i asik berkuap je. walaupun dah ikut cara yang betul supaya tak berkuap spek tu, tetaplah jugak jadi. so bila dah mansuhkan ni, sedikit sebanyak bebas jugaklah tanpa mask.
Quote stingergrumpy 7-9-2022 04:55 PM
Cakap jer taking reference from spore...kheun senang? tak payah nak gigih tunjukkheun bijak sangat...
Quote supernaturalee 7-9-2022 04:56 PM
iols xsuka btl klu pakai mask lps tu berkabus kt spek
ms tu mmg rs nk buang je mask


Quote TomyamPuteh 7-9-2022 05:10 PM
supernaturalee replied at 7-9-2022 04:56 PM
iols xsuka btl klu pakai mask lps tu berkabus kt spek
ms tu mmg rs nk buang je mask

Nape nk buang mask? Nape x buang spek?
Quote orkid_amani 7-9-2022 05:13 PM
Laaa..baru restock mask utk ank2 skol. Sbb beli mask murah ja..1pack 10pcs tu habis 1hari ja..tiap kali dia p toilet aii suruh tukar mask.lepas makan tukar mask lagi. Ni dah xperlu pakai mask ni xtau la mcmna dia punya happy..
Quote lifeline 7-9-2022 05:13 PM
Yeayy jgk la kalau mcm ni
Still akan pakai mask cuma kadang nk masuk 99 ke mana2 kedai nk cepat grab n go
Bila kena sarung mask pulak rsa mcm leceh

Lps ni klo tiba2 terlupa mask leh rilex skit la xde ngelabah dah…
Quote Supersirap 7-9-2022 05:14 PM
Terserah pada individu masing2 nak pakai atau tidak pelitup muka
Quote tri-max 7-9-2022 05:26 PM
bagusla, means da jadi kurang sikit beban pada parents nak sediakan mask for kids,esp b40
yg penting jaga kebersihan masing2, cuci tangan
rengsa surau opis i ni tak habis paksa staff pakai mask meanwhile ada yg lepas solat terus sembang membawang tanpa mask
apa point ajk surau pon i tak paham...

Quote Suchi 7-9-2022 05:41 PM
So g sekolah pakai ke idok? Tp kalau yg bebudak naik bas/van sekolah tu better pakai cuma kat kelas tu terpulang la dik
Quote renko 7-9-2022 05:49 PM
penjual mask meraung?
Quote caprut 7-9-2022 05:51 PM
stingergrumpy replied at 7-9-2022 04:55 PM
Cakap jer taking reference from spore...kheun senang? tak payah nak gigih tunjukkheun bijak sangat.. ...

Betul tu stinger
Quote Addrianna 7-9-2022 05:52 PM
Pilihan sendiri lah.tapi bagi aku better pakai je mask dalam tempat tertutup tu untuk keselamatan sendiri sebab bukan semua bernasib nasib baik dapat covid mild je simptomnya .tapi aku pergi office memang pakai je mask dari start keluar kereta tu tapi masuk dalam office memang aku buka lah dulu2 x lah aku rasa rimas sangat tapi skrg memang rasa rimas sangat rasa bernafas x best pakai mask ni bila dalam office tu
Quote imanjannah 7-9-2022 05:53 PM
so di sekolah pun bergantung kpd pihak sekolah la ye
Quote Skuau 7-9-2022 06:01 PM
public transport pon ada yg tak pakai..terutamanya warga asing.
Quote ezacbee 7-9-2022 06:05 PM
prettyuglybabe replied at 7-9-2022 04:51 PM
ada orang kata now sapa kena covid pun tak payah kuarantin cuma kena pakai mask sentiasa..
betul ke? ...

Kawan aku kena covid lagi. X kuarantin pun dia memang xlarat demam, selsema, batuk. Lembik badan, lain macam covid kali ni.

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.196835 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top