CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahagia Akhirnya Bercerai, Wanita Pasang Kain Rentang Dan Pelekat Tanda 'Kebebasan'

7-9-2022 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1667| Komen: 11

Seorang wanita mengejutkan jirannya dengan menghias bahagian luar rumah untuk meraikan penceraian.

Wanita yang menetap di Crystal Palace, London itu memasang hiasan beserta kain rentang bertulis 'akhirnya bercerai'.



SWNS

Selain itu, dia turut melekatkan pelbagai pelekat (sticker) di tingkap rumahnya bagi meluahkan rasa gembira kerana sudah 'bebas'.

Orang awam yang melalui kawasan hadapan rumah wanita tersebut sempat mengambil gambar dan berkongsi di laman sosial.

Perkongsian berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, malah ada yang menyokongnya dengan mengatakan 'kadang-kadang penceraian adalah lebih baik daripada perkahwinan! Tahniah puan!'



SWNS

"Terus-terang saya rasa rumah itu kelakar. Saya telah melihat hiasannya bertukar hampir setiap bulan.

"Jika mereka gembira melakukannya, jadi mengapa orang lain perlu ambil peduli?" antara komen netizen dipetik Daily Star. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 7-9-2022 05:18 PM
Tanda kepuasan abadi
Quote sharlenetexas 7-9-2022 05:21 PM
Buat kenduri doa selamat versi crystal palace. Terlepas dari bala.


Quote sukacactus 7-9-2022 06:22 PM
Hahaha bagus la
Tak semestinya berdua lebih baik kan
Quote selipar_hijau 7-9-2022 06:57 PM
Tahniah akhirnya terlepas dari kehidupan yg toxic. Memang patut diraikan dan dihebahkan, stress dah hilang
Quote dani-rox 7-9-2022 07:11 PM
siapa2 yg bisnes minded kat Msia nih boleh buat servis divorce party planner

Quote missyL 7-9-2022 09:04 PM
dani-rox: siapa2 yg bisnes minded kat Ms ...


Kan divorce party. Sllu tgok dlm movie omputeh
Cm best hahaha
Quote supernaturalee 7-9-2022 09:27 PM
Good for you sister
Quote Jitu 7-9-2022 10:06 PM
lantak ko lah jgn nnt ambik laki aku sudah - acik2 kepam
Quote Goodluckdontcry 8-9-2022 12:13 AM
Btl2 nmpk gumbira senang hati ni..bgsla..yg penting Kita happy... kehkehkeh
Quote becir 8-9-2022 01:01 AM
Kalau buat party sebab si penyondol meninggal, savage ke tak?

Quote zuuu 8-9-2022 02:19 AM
dani-rox replied at 7-9-2022 07:11 PM
siapa2 yg bisnes minded kat Msia nih boleh buat servis divorce party planner

Mampus kena tegur ngan ustaz/ustazah pu im daie segala macam tu dengan alasan mnghina agama

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.032437 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top