CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Didakwa Duduk Di Rumah Pegawai Di Penjara Kajang, Bukan Dalam Sel

7-9-2022 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6587| Komen: 48

Kuala Lumpur: Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan yang tular bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ditempatkan di dalam sel penjara, tetapi di sebuah rumah pegawai penjara di Penjara Kajang.


Jabatan itu dalam kenyataan di Facebook, hari ini menyatakan dakwaan yang tersebar itu sebagai palsu dan tidak sahih.

"Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya," kata jabatan itu.


Foto: Kosmo

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar dipercayai satu perbualan di WhatsApp mendakwa Najib tidak ditempatkan di dalam sel di Penjara Kajang.


Menurut tangkap layar itu yang turut tular di Facebook, Najib didakwa ditempatkan di sebuah rumah pegawai kanan Penjara Kajang yang terletak dalam kawasan penjara terbabit.

"Najib tidak berada di dalam sel. Seorang sahabat yang sepupunya adalah seorang pegawai senior penjara di Kajang maklumkan Najib diberikan sebuah rumah di dalam kawasan penjara.

"Rumah berkenaan adalah untuk pegawai senior penjara," tulis di mesej berkenaan.

Sebelum ini, timbul dakwaan nama Najib tidak dimasukkan dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia dan hal itu juga ditularkan di media sosial.

Najib dihukum penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 7-9-2022 03:52 PM
tunjuk la gambo jibun dalam punjara bru weols percaya...
Quote ezacbee 7-9-2022 03:54 PM
Kalau betul, kita semua kena tipu. Dunia boleh terlepas.
Quote KIM.K 7-9-2022 03:55 PM
Kakmah duk mana sekarang
Quote kaseh80 7-9-2022 03:59 PM
Why the double standard?
Sepatutnya hukuman perlu adil Dan saksama
Utk semua rakyat tanpa kira level kayangan atau marhaen
Quote mojarean_X 7-9-2022 04:00 PM
X pelah as long dlm kawasan penjara kajang tu sendiri.
Quote sangbara2020 7-9-2022 04:09 PM
kiranya org takut juga ke dia ke apa ni sbb xsumbat dia dlm jail
ke sbb ada ura2 diampunkan..
mmmmm....minta penjelasang
Quote saviour_09 7-9-2022 04:35 PM
sumber ; dari kawan pada kawan pada kawan pada kawan
Quote jalfa 7-9-2022 04:38 PM
Kan..sumber pon hauk...Cubala bg gambar najib kat rumah pegawai tu baru kita percaya..ni tuduh lepas tu penjara plak nak kena keluar bukti.patut yg tuduh tu la kuar bukti...cerita kawan punya kawan ni stail acik acik kesurupan dok buat ketupat petang petang atas wakaf je dekkk
Quote akies 7-9-2022 04:46 PM
Masih lg dlm kawasan penjara
Quote sharlenetexas 7-9-2022 04:47 PM
Letak ajelah kat rumah paling angker dlm compound penjara. Biar heols duk sorang2


Quote stingergrumpy 7-9-2022 04:51 PM
KIM.K replied at 7-9-2022 03:55 PM
Kakmah duk mana sekarang

Malam menyusup macam mondok cari laki...


Kahkahkahkahkahkahkah
Quote supernaturalee 7-9-2022 04:52 PM
dlm Orange is the new black
ade 1 season tu ade banduan tu selebriti
mmg ada bilik khas tp duk berdua dgn sorg lg banduan yg plg baik
sungguh pun tu fiksyen
tp fiksyen us ni bnyk dr sumber yg real
so.....


Quote Supersirap 7-9-2022 05:19 PM
Lain lah najib ni pengaruhnya sehebat Pablo escobar
Quote Mary_jane 7-9-2022 05:29 PM
Dah macam Big Mouth plak ada bilik khas untuk vvip lepak. Huntonglah Jibby, but still ‘terkurung’ juga. Jangan depressed sudah.
Quote msdummy.2018 7-9-2022 05:40 PM
mojarean_X replied at 7-9-2022 04:00 PM
X pelah as long dlm kawasan penjara kajang tu sendiri.

Dia kena rasa mcm mana rkyat rasa...br adil..kaut duot rkyat boleh. Hidup susah mcm rkyat xleh?
Quote 3chanceno 7-9-2022 05:54 PM
No smoke, No Fire...
Quote AbukRokok 7-9-2022 06:04 PM
alhamdulillah
ape lg xpuas hati ni
Quote matamata 7-9-2022 06:04 PM
Pendakwa kena buktikan apa yg dia dakwa...
Quote LadyCarefree 7-9-2022 06:14 PM
mojarean_X replied at 7-9-2022 03:00 PM
X pelah as long dlm kawasan penjara kajang tu sendiri.

Hmmmm selagi ada mentaliti gini. Malu apa bosskurrrrr khenzs

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.066637 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top