CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tangkap Isteri Dalam Bilik Dengan Polis Berstatus Suami Orang

7-9-2022 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2126| Komen: 7

Seorang wanita 'ditangkap' oleh suaminya sendiri, ketika bersama dengan seorang anggota polis di sebuah bilik .

Kegiatan itu terbongkar selepas suaminya yang berusia 44 tahun berasa curiga dengan sikap isterinya.


Kejadian berlaku di Warrang Sawitto di Pinrang di Sulawesi, Indonesia.


Foto: Kompas

"Kami mengesyaki isteri saya mempunyai hubungan sulit. Berdasarkan maklumat yang kami terima, isteri saya tinggal selama seminggu dengan seorang anggota polis yang bertugas di Pinrang.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, kami dapati kedua-duanya berada dalam sebuah bilik," katanya pada Selasa.

Menurut lelaki itu, isterinya pada minggu lalu meminta anak mereka untuk menghantarnya ke wilayah Bone.

Setibanya di Bone, isterinya kemudian meminta anaknya pulang ke Pinrang.

Bagaimanapun, wanita itu kembali ke Pinrang dan tinggal bersama polis di sebuah bilik.

"Ketika serbuan dijalankan, anggota polis berkenaan melarikan diri dengan hanya memakai kain batik wanita itu.

Difahamkan, kejadian serupa berlaku beberapa kali sebelum ini.

"Sebenarnya kami bagi pihak keluarga (si isteri) telah mengetahui hal yang berlaku.

"Pihak keluarga pernah meminta anggota polis berkenaan untuk tidak berhubung lagi dengan isteri orang.

"Apatah lagi kedua-duanya sudah berstatus suami dan isteri orang," kata adik kepada wanita itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pinrang, AKBP Moh Roni Mostofa ketika dihubungi berkata, beliau masih belum menerima laporan berhubung insiden tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online/ Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 7-9-2022 07:01 PM
suami dan isteri orang, kalau curang dan berzina

ikutkan hati aku, rodok je sampai mampus dua-dua
Quote KirazMevsimi 8-9-2022 06:23 AM
mohon dijauhkan kita semua drpd jadi mcm ni. sama² kita menghargai pasangan, keluarga dan memelihara keturunan yg baik

ketahuan selingkuh sama suaminya yaaa. siap suruh anak hantarkan. pastu menyimpang ke tempat lain. haish
Quote iraizz 8-9-2022 10:22 AM
Apa komen @Friska
Quote Friska 8-9-2022 10:44 AM

[youtube]J276L6I0d9o[/youtube]
[fbvlink]https://www.facebook.com/watch/?v=1073444223124648[/fbvlink]
Quote Buritan 8-9-2022 10:55 AM
Adrif replied at 7-9-2022 07:01 PM
suami dan isteri orang, kalau curang dan berzina

ikutkan hati aku, rodok je sampai mampus dua-dua

Nape nak curang ek.. kote dan cik pap rupe itu jgk..takde la rupe lain..satu lg brg bundle plk tuu..
Quote LadyCarefree 8-9-2022 11:12 AM
Benda dah jadi. Join je la sekali dan enjoy. LOLLL
Quote Purpkehag 8-9-2022 11:26 AM
LadyCarefree replied at 8-9-2022 11:12 AM
Benda dah jadi. Join je la sekali dan enjoy. LOLLL

Bengongggg

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.074465 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top